20 October 2026

Remdesivir ubat COVID-19?

Featured

Distant

Watching the ships By Nahrizul Adib Kadri I remember standing by...

Learning

Schools are closed. Are we ready for PdPR again? By...

Mengurus

Kasih sayang di sebalik meja ulang kaji Oleh Norhafiza Roslan Apabila...

Dependent

Green hydrogen's big promises, yet to match reality By Professor...

Keliru

Mengapa kita perlu pulihkan ketuanan bukti serta hapuskan penyelewengan...

Share

Pada 22 Oktober 2020, FDA Amerika Syarikat secara rasminya telah meluluskan penggunaan ubat antiviral remdesivir sebagai sebahagian daripada rejim ubatan untuk rawatan pesakit COVID-19. Untuk rekod, FDA telah pun membenarkan remdesivir untuk kegunaan kecemasan dalam rawatan pesakit COVID-19.

Remdesivir yang dijenamakan sebagai Veklury, keluaran syarikat farmaseutikal Gilead Sciences, dikatakan dapat menghalang replikasi virus SAR-CoV-2 di dalam badan pesakit COVID-19, dan mempercepatkan proses penyembuhan pesakit COVID-19 dari 15 hari ke 11 hari (sumber artikel CNN1).

Menurut Dr. Nurhafiza Zainal dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, kajian yang diterbitkan oleh ‘American Society for Microbiology’ menyatakan penggunaan remdesivir hanya berkesan jika ianya diberikan kepada pesakit di peringkat awal jangkitan SARS-CoV-2, khususnya dalam masa 8 jam selepas permulaan jangkitan (sumber 2).

“Sifat jangkitan SARS-CoV-2 yang mengambil masa antara 4 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom menunjukkan penggunaan remdesivir yang efektif untuk semua kategori pesakit adalah hampir mustahil. Ini kerana remdesivir hanya efektif jika diberikan di peringkat awal jangkitan (dalam masa 8 jam selepas permulaan jangkitan). Dalam kata lain, remdesivir hanya akan efektif jika remdesivir ini diberikan setiap hari seperti kita mengambil ‘supplement’. Pada masa yang sama, kita juga belum mengetahui sejauh mana impak negatif mengambil ubat ini jika diambil dalam kuantiti yang tinggi,” menurut Dr. Nurhafiza lagi.

“Kesan remdesivir ini saya kategorikan sebagai sederhana sahaja, dan penilaian lebih mendalam oleh KKM dan agensi lain yang terlibat harus dilakukan, sebelum mengangkat remdesivir sebagai sebahagian dari rawatan rasmi untuk menangani pesakit COVID-19,” katanya.

Rujukan

  1. Fox, M. Remdesivir becomes first Covid-19 treatment to receive FDA approval. CNN (https://edition.cnn.com/2020/10/22/health/remdesivir-fda-approved-covid-19/index.html)
  2. Agostini ML, et al., Coronavirus susceptibility to the antiviral remdesivir (GS-5734) is mediated by the viral polymerase and the proofreading exoribonuclease. MBio, 2018. 9(2).

Dr. Nurhafiza Zainal adalah pensyarah kanan di Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di nurhafizazainal@um.edu.my