13 September 2026

Shafa’atussara Silahudin

Featured

Missing you

From Malaysia to China, with a plate of poori By...

Merasai

Peranan empati dan sokongan psikososial terhadap keluarga mangsa depani...

Baharu

Menelusuri makna kemerdekaan dalam era AI Oleh Dr. Maisarah Hasbullah,...

Biological

Could prawn shells become part of the solution to...

Berdua

Kahwin boleh, tapi mampukah membina keluarga? Oleh Dr. Sharmila Thinagar “Bila...

Share

“Sopan-santun anak melayu
Senyum terukir, senyum terukir bila disapa
Dalam pantun, ku kirim rindu
Rindu mengalir, rindu mengalir di dalam kata

Lemak manis (Alah amboi-amboi)
Santan kelapa (Alah amboi-amboi)
Ku pandanglah manis (Alah amboi-amboi)
Anak Melayu, anak siapa”

(‘Lemak Manis’, Roslan Madun)

Jika anda berada di tempat penulis, mendengar lunak suaranya mengalunkan lagu “Lemak Manis” ini, pastinya anda juga berasa seolah-olah sedang didodoi, dan bakal melelapkan mata dengan ditemani mimpi yang indah-indah.

Kelebihan bakat seni persembahan yang ada di dalam diri wanita yang berasal dari Muar, Johor ini digunakan sepenuhnya bagi mendekati masyarakat dan mendepani bidang penyelidikan yang diterajuinya di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Walaupun mempunyai latar belakang pendidikan sains, Dr. Shafa’atussara Silahudin nekad melanjutkan pengajian pascaijazahnya di dalam bidang seni persembahan tradisional, sehingga menggenggam ijazah kedoktoran dari Universiti Leiden di Belanda.

Mari kita ikuti rakaman perbualan ringkas kami yang dibuat semasa beliau membuat persembahan sepanjang bulan Ramadan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya:

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

……
📸 Gambar oleh Latimin Keman untuk CCC (2023).