Bulan Ramadan menjanjikan pahala yang berlipatganda kepada umat Islam tanpa mengira sama ada ia adalah amalan yang wajib atau sunat. Umumnya terdapat pelbagai amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, bersedekah dan pelbagai amalan kebajikan lain.
Perkataan ‘healing’ kini tidak lagi menjadi asing dalam masyarakat terutamanya golongan remaja. ‘Healing’ itu sendiri merupakan satu perkataan yang membawa maksud “the process of making or becoming sound or healthy again” dan yang dapat diberi makna sebagai menyembuhkan, atau perihal yang membawa kepada penyembuhan atau pemulihan.
Dalam menjalani pecutan akhir Ramadan ini, marilah kita tidak mengabaikan ibadah-ibadah yang sering dianggap remeh, namun memiliki fadilat yang besar di sisi Allah SWT. Semoga kita semua dapat memanfaatkan setiap peluang dan ruang dalam meningkatkan amal ibadah dengan sebaik-baiknya dan mendapatkan keberkahan serta keampunan-Nya.
Kedatangan bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh umat Islam saban tahun lantaran begitu banyak keistimewaan dan kemuliaan yang dijanjikan bersamanya. Namun, tidak semua dari kita berkesempatan bertemu dengan Ramadan seterusnya. Barangkali tahun ini adalah peluang terakhir untuk kita nikmati keindahan bulan Ramadan. Justeru, sebagai umat Islam kita mestilah memanfaatkan sebaik mungkin bulan Ramadan dengan memperbanyakkan dan menggandakan amalan kebaikan.
Semangat kesukarelawanan dan keilmuan yang diperoleh melalui program ini diharapkan dapat terus berkekalan serta memberi impak positif dalam perjalanan kehidupan masing-masing.