Hadis tersebut menunjukkan saranan Islam kepada umatnya untuk menzahirkan nikmat rezeki dan kemewahan yang dikurniakan Allah. Walaupun begitu, ia perlu dizahirkan secara sederhana, penuh ketakwaan dan tidak berlebih lebihan dalam mempamerkan kecantikan dan perhiasan yang ada sehingga boleh mengundang fitnah dan mengakibatkan dosa, khususnya apabila dizahirkan kepada umum melalui hantaran media sosial.
Barangkali timbul persoalan pada benak sesetengah insan, cukup Muslimkah kita ini apabila mampu menunjukkan kemarahan dalam setiap isu yang berkaitan dengan agama sendiri?
Bukan lagi godaan syaitan dan hawa nafsu sahaja, tetapi diuji dengan peperangan yang panjang, penindasan, pembunuhan beramai-ramai, kemusnahan kediaman dan harta benda yang boleh dikatakan sebagai satu penjajahan moden terhadap rakyat Palestin. Apa yang mereka hadapi adalah lebih dasyat dan teruk.
Teruskan secara konsisten dalam mengamalkan ibadat sunat, membaca al-Quran, bersedekah, menyantuni golongan fakir miskin, dan amal kebajikan lain. Ia adalah bukti kejayaan proses tarbiyah yang dilalui selama sebulan kerana dapat diimplementasi secara konsisten dalam sebelas bulan yang lain.
Tarikh 1 Syawal disambut setiap tahun dengan penuh meriah demi meraikan kemenangan umat Islam seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan meraikan kemenangan dalam melawan musuh nombor satu – hawa nafsu. Jihad melawan nafsu ini dibantu dengan senjata-senjata ibadat yang hebat, terutamanya puasa – dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkannya dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari selama kurang lebih 30 hari.