18 January 2026

Thew Ming Soon

Featured

Dia, kasihku

Kehadiran fizikal bukan satu-satunya ukuran keibuan Oleh Nur Shahidah Pa'ad Perbahasan...

Go inside

The cover is not the book By Emeritus Professor Ng...

Kisah kita

Masanya untuk memastikan keberhasilan strategi pendidikan negara Oleh Nor Nazrina...

Solusinya

Pembaziran makanan di bulan Ramadan bakal membimbangkan Oleh NurHizuani Abdul...

Bertanggungjawab

Oleh Nur Zulaikha Abdul Wahab dan Hasmahzaiti Omar Sungai di...

Share

Graduan cacat penglihatan, Thew Ming Soon, graduan Fakulti Sastera dan Sains Sosial berjaya menggenggam segulung ijazah dengan menetapkan matlamat yang jelas untuk berjaya dan membantu keluarga.

Thew Ming Soon yang berasal dari Johor berkata beliau menghadapi kesukaran ketika pandemik COVID-19 melanda dan terpaksa menukar mod pengajaran dan pembelajaran secara fizikal kepada pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

“Saya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sistem dan aplikasi semasa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kebanyakan aplikasi mudah untuk saya gunakan.

“Antara motivasi saya untuk tamatkan pengajian ialah mempunyai matlamat yang jelas untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga.

Antara pesanan Thew Ming Soon kepada pelajar-pelajar kurang upaya yang sedang melanjutkan pengajaran untuk tidak berputus asa dan percaya kepada rezeki kerana sememangnya selagi ada usaha, akan ada peluang dan rezeki untuk berjaya.

Universiti Malaya pada tahun ini meraikan 7,863 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-62 dalam 15 sidang bermula 5 Disember hingga 12 Disember 2022. Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 yang berlangsung pada hari ini telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya.