4 October 2024

UM bantu pasukan Malaysia cemerlang di IChO 2024

Featured

Antara tuntutan kekeluargaan dan ketetapan fiqah

Oleh: Dr. Mahyudin Daud Kehidupan berkeluarga menurut ajaran Islam adalah...

Seimbangkan keduanya, mahasiswaku

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Masyarakat kini sering dihadapkan dengan...

ASEAN, Taiwan dan Korea Selatan

Oleh Dr Nurliana Kamaruddin Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dekad...

Influencer, I am

By Halima Saadiah Education has long been the foundation for...

Hanya al-Quran penyelamatmu

Oleh: Dr. Selamat Amir Isu penyelewengan dan kesesatan dalam ajaran...

Share

Pasukan Malaysia telah membawa pulang pingat gangsa dari penyertaan di International Chemistry Olympiad ke 56 yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi. Pertandingan ini telah diadakan dengan penyertaan daripada 333 orang calon peserta dari 87 buah negara seluruh dunia.

Pasukan Malaysia diwakili oleh Adib Fahmy bin Awang (Permata Insan), Muhammad Akeef bin Asmunir (Permata Insan), Nurul Aina Natasya (SMK Yong Peng), dan Ng Ze Xian (Sunway College) bersama Prof. Madya Dr. Ninie Suhana (ketua Mentor) dan Dr. Noordini Mohamad Salleh (Mentor). Pingat gangsa berjaya diperolehi menerusi Ng Ze Xian.

Sejak penyertaan pasukan Malaysia dari tahun 2006 sehingga kini, sebanyak 23 pingat gangsa dan 7 pingat perak telah diperoleh dan usaha memburu pingat emas masih diteruskan. Usaha ini telah dijalankan melalui Bahagian Sukan, Kesenian dan Kurikulum (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah melantik Malaysia International Chemistry Olympiad (MIChO) dari Jabatan Kimia Univerisiti Malaya yang diketuai oleh Professor Noorsaadah Abd Rahman bagi mengendali latihan intensif dan menyelaras pemilihan wakil pelajar ke pertandingan ini.

Olimpiad Kimia Antarabangsa (IChO) adalah pertandingan akademik tahunan untuk pelajar sekolah menengah. Matlamat pertandingan IChO adalah untuk meningkatkan hubungan mesra antara golongan muda dari pelbagai negara di mana mereka didorong untuk bekerjasama dan memupuk pemahaman antarabangsa. IChO yang pertama telah diadakan di Prague, Czechoslovakia pada tahun 1968 dan dihadiri kebanyakannya oleh peserta dari negara-negara bekas blok Timur. Selepas itu, pertandingan ini diadakan setiap tahun (kecuali pada tahun 1971) dan pada tahun 1980 untuk kali ke-12, Olimpiad Kimia Antarabangsa diadakan di luar blok tersebut di Austria. Pada masa ini, lebih daripada 80 negara menyertai olimpiad ini termasuk negara-negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia, Singapura, dan Filipina, serta negara-negara OIC seperti Kuwait, Arab Saudi, dan Turki. Peserta untuk pertandingan ini mestilah pelajar yang TIDAK berdaftar di mana-mana universiti dan TIDAK boleh berumur lebih daripada 20 tahun pada 1 Julai tahun pertandingan.

Pertandingan ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu peperiksaan teori dan peperiksaan amali. Setiap peperiksaan adalah selama 5 jam dan diadakan pada hari yang berasingan dengan peperiksaan amali biasanya dijalankan sebelum peperiksaan teori. Peperiksaan teori membawa 60 mata dan peperiksaan amali membawa 40 mata. Setiap peperiksaan dinilai secara berasingan dan jumlah keseluruhan mata daripada kedua-dua peperiksaan menentukan keputusan keseluruhan peserta. Sebuah jawatankuasa saintifik yang dilantik oleh negara tuan rumah akan merangka tugasan amali dan soalan peperiksaan, dan juri antarabangsa yang terdiri daripada 2 mentor dari setiap negara yang mengambil bahagian akan membincangkan dan memutuskan soalan serta tugasan akhir untuk pertandingan tersebut.

Mentor kemudiannya akan menterjemahkan tugasan dan soalan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa pilihan pelajar mereka. Oleh kerana mentor mengkaji peperiksaan sebelum diberikan kepada peserta, mereka diasingkan daripada peserta sebelum peperiksaan dan sebarang komunikasi antara mentor dan pelajar adalah dilarang sama sekali. Pelajar dikehendaki menyerahkan sebarang telefon bimbit dan komputer riba kepada penganjur sebaik sahaja mendaftar (ketibaan) di pertandingan tersebut.

Jawatankuasa yang dilantik oleh negara tuan rumah akan menilai jawapan oleh pelajar. Selain itu, mentor dari setiap negara juga akan menilai jawapan pelajar secara berasingan dan membincangkan penilaian peperiksaan dengan jawatankuasa bagi memastikan keadilan dalam penilaian mereka melalui proses timbang tara.

Tahap pertandingan ini sangat tinggi. Sukatan pelajaran pertandingan merangkumi subjek daripada beberapa bidang kimia, termasuk kimia organik, bukan organik, fizikal dan analisis serta biokimia dan spektroskopi. Walaupun kebanyakan subjek ini termasuk dalam program kimia sekolah menengah, sebahagian besarnya dinilai pada tahap yang lebih mendalam, dan banyak yang memerlukan tahap pengetahuan dan pemahaman yang setara dengan pendidikan selepas menengah.

Di samping itu, negara tuan rumah setiap IChO akan mengeluarkan satu set masalah persediaan, biasanya dalam masa 6 bulan sebelum pertandingan setiap tahun. Masalah persediaan ini merangkumi topik khusus yang pelajar dijangka tahu dengan lebih mendalam daripada pendidikan selepas menengah biasa dan akan dibincangkan dalam peperiksaan IChO. Persiapan untuk Olimpiad Kimia Antarabangsa memerlukan tahap pemahaman dan minat yang tinggi terhadap kimia serta kebolehan luar biasa untuk menghubungkan subjek kimia antara satu sama lain serta dengan dunia praktikal.

Semua peserta diberi kedudukan berdasarkan markah individu mereka dan tiada markah pasukan rasmi diberikan. Pingat emas biasanya diberikan kepada 10% pelajar terbaik, pingat perak diberikan kepada 20% pelajar seterusnya, dan pingat gangsa diberikan kepada 30% pelajar seterusnya. Sebutan kehormat (HM) diberikan kepada peserta yang tidak memenangi pingat tetapi markah mereka sangat hampir dengan markah gangsa (biasanya kira-kira 2% daripada peserta). Anugerah khas diberikan kepada pelajar yang mencapai markah tertinggi keseluruhan. Dua anugerah khas yang berasingan diberikan kepada pelajar yang mendapat markah terbaik dalam peperiksaan teori dan amali. Kadangkala, bergantung kepada penajaan di negara tuan rumah, anugerah khas mungkin diberikan kepada pelajar wanita yang mendapat markah tertinggi juga.

Program latihan ke pertandingan ini telah dikendalikan oleh MIChO sejak 2006. Latihan yang dijalankan merangkumi kuliah yang melangkaui silibus buku teks sekolah umumnya dan pengendalian amali secara individu. Usaha ini bukan hanya menyediakan pelajar ke pertandingan IChO, malah mampu menambahkan pengetahuan kimia secara keseluruhannya.

Pada tahun ini, barisan pensyarah dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya iaitu Prof. Dr. Sharifuddin, Prof. Madya Dr. Ninie Suhana, Prof. Madya Dr. Tan Kong Wai, Prof. Madya Dr. Noraini, Prof. Madya Dr. Desmond, Dr. Noordini, Dr. Rusnah, Dr. Siti Munirah, Dr. Iskandar, Dr. Noor Idayu dan Dr. Lee Yean Kee telah sama-sama menyumbang usaha dalam memastikan latihan intensif yang diberikan membuahkan hasil dan komited dalam menggapai aspirasi mendapatkan pingat emas pertama dalam pertandingan IChO 2025.


Maklumat lanjut mengenai penyertaan Malaysia ke IchO ini boleh didapati melalui Dr Noordini Mohamad Salleh (dini@um.edu.my) dan Prof. Madya Dr. Ninie Suhana Abdul Manan (niniemanan@um.edu.my)

Previous article
Next article