18 April 2026

TIDREC perkasa COMBI Pasir Gudang, Johor perangi denggi

Featured

Awareness

When tradition affects your oral health By Assoc. Prof. Dr....

Farming

Can we have our fish and eat it too? By...

Prospecting

Landfill mining’s promise and pitfalls By Professor Dato Dr Ahmad...

Successful

Why Sarawak’s quiet pragmatism outshines the federal blueprint’s echoes By...

Away

Data will keep people out of our hospitals—and that’s...

Share

Sebuah program pemindahan kepakaran dan kemahiran bagi usaha pengawalan pembiakan nyamuk aedes dan wabak penyakit denggi telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM) untuk sukarelawan COMBI dari lokaliti Jalan Ciku, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

COMBI merupakan singkatan daripada ‘Communication for Behavioural Impact’ atau ‘Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku’ yang dianjurkan penubuhannya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 di Malaysia bagi menangani masalah wabak denggi.

Contoh kitaran hidup seekor nyamuk yang dihasilkan oleh penyelidik TIDREC

“Sebelum ini, penyelidik kami pernah menjalankan sebuah kolaborasi penyelidikan bersama pasukan sukarelawan COMBI lokaliti Jalan Ciku, Taman Kota Masai ini, di bawah geran penyelidikan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim (MESTECC), sekitar tahun 2017 dan 2018. Mereka pernah mengemukakan hasrat untuk diberikan pendedahan khusus mengenai penyelidikan dan teknologi terkini mengenai penyakit denggi dan cara-cara kawalan pembiakan nyamuk aedes. Maka penganjuran program ini adalah bagi memenuhi hasrat sukarelawan COMBI yang ingin mempertingkatkan kecekapan usaha mereka dalam memerangi wabak denggi,” kata Mohd. Iskandar Jefree Johari, Pegawai Penyelidik TIDREC yang juga merupakan penyelaras program.

Seramai 30 orang sukarelawan telah berkunjung ke UM bagi menyertai program ini yang diadakan selama dua hari. Selain taklimat mengenai jenis nyamuk dan perbezaan jenis penyakit yang dibawa, para peserta turut didedahkan dengan teknik pengenalpastian spesies nyamuk dengan menggunakan mikroskop. “Walaupun keutamaan sukarelawan COMBI adalah kawalan penularan wabak denggi, namun mereka turut dibekalkan dengan maklumat penting mengenai penyakit bawaan nyamuk yang lain seperti, zika, chikungunya, malaria, dan lain-lain,” kata Mohd. Iskandar Jefree lagi.

Sukarelawan cuba menggunakan mikroskop untuk melihat spesies nyamuk dengan lebih jelas

Menariknya, penyelidik TIDREC turut berkongsi kemahiran membina perangkap nyamuk yang boleh dipraktikkan di rumah masing-masing kelak dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbuang. Perangkap ‘ovitrap’ yang dihasilkan menggunakan botol air mineral terbuang membolehkan sukarelawan COMBI memantau sejauh mana keberkesanan usaha mereka secara kuantitatif.

“Masalah penyakit denggi merupakan masalah yang berterusan, dan telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa setiap tahun. Media melaporkan sebanyak 19 kematian dicatatkan daripada 7,761 kes denggi di Johor untuk lapan bulan pertama tahun ini. Pemindahan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pasukan sukarelawan COMBI kami ini diharapkan akan membantu memperkasa usaha kami memerangi wabak denggi dengan lebih strategik dan berkesan,” kata Mohamad Aznan Sanip, Pengerusi Sukarelawan COMBI Lokaliti Jalan Ciku, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Maklumat lanjut mengeai program ini boleh didapati melalui Mohd. Iskandar Jefree Johari di jefree@um.edu.my