15 June 2024

Agihan keuntungan bersasar perlu jadi keutamaan TH

Featured

Kurang bersyukurkah mereka?

Tugas kita sebagai manusia hanyalah terus berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat tanpa perlu terlalu memikirkan hasil akhirnya. Apabila kita terlalu memikirkan hasil akhir sesuatu perkara berkemungkinan akan menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu.

The kind blood

It's easy to promise ourselves that we will give when we have more – more money, more time, more energy. But in reality, if giving is not part of our habit, it becomes increasingly difficult to do, no matter how much we have. By making giving a personal habit, we ensure that generosity becomes a natural part of our life.

Berganding bahu capai kampus neutral karbon menjelang 2030

Seramai 50 orang pelajar ijazah sarjana muda Universiti Malaya (UM) terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian telah terpilih dalam program khas dalam membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan kelestarian di kampus. Ini merupakan sebahagian daripada projek tahun akhir yang wajib dilaksanakan oleh mereka.

Our body’s mirror

Your mouth is a fine mirror to your body’s health. It has been reported that, about 90% of all systemic diseases have oral manifestations such as mouth ulcers, blisters, polyps, swollen gums, and other gum issues.

Addressing economic challenges of an ageing Malaysian population

The implementation of various strategies, including pension system reform, private savings promotion, healthcare system strengthening, enhanced elderly care services, social inclusion promotion, and development of an integrated ageing policy, can assist Malaysia in effectively managing the economic and social consequences of an ageing population while maintaining a high standard of living for its senior citizens.

Share

Oleh: Dr Mohamed Hadi Abdul Hamid, Dr Mohd Zaidi Md Zabri

Isu peningkatan kos haji sentiasa menjadi isu berbangkit saban tahun. Sehubungan dengan itu, pemberian subsidi haji yang berterusan untuk menampung kos haji akan menyebabkan ketidaklestarian pengurusan agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam jangka panjang.

TH pada 20 Mac 2023 lalu telah mengumumkan bahawa untuk musim haji tahun 2023/1444H, pemberian subsidi haji telah dikhususkan kepada bakal haji dalam kumpulan B40 dan M40 sahaja. Manakala bakal haji dalam kumpulan T20 dikehendaki membayar jumlah penuh kos haji sebanyak RM30,850 seorang.

Untuk rekod, bakal haji dalam kumpulan M40 perlu membayar kos haji sebanyak RM15,980 seorang (TH akan menanggung subsidi sebanyak RM14,870), manakala bakal haji dalam kumpulan B40 perlu membayar kos haji sebanyak RM10,980 seorang (TH akan menanggung subsidi sebanyak RM19,870).

Dalam erti kata lainnya, TH masih lagi membiayai hampir dua pertiga (64%) daripada kos haji bagi bakal haji dalam kumpulan B40 dan hampir separuh (48%) bagi bakal haji dalam kumpulan M40.

Walaupun pembahagian jemaah haji kepada kumpulan B40, M40 dan T20 bukanlah sesuatu yang benar-benar ideal, malah kurang bertepatan dengan tuntutan istito’ah atau berkemampuan dalam menyediakan belanja yang cukup untuk menunaikan haji, langkah berani TH untuk mengenakan bayaran penuh kepada jemaah haji dalam kumpulan T20 merupakan tindakan yang wajar dipuji.

Ketika pengumuman kadar agihan keuntungan TH bagi tahun 2022 pada 28 April 2023 yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar mendedahkan bahawa terdapat lebih 20 orang bakal haji dalam kumpulan B40 yang sanggup untuk membayar penuh kos haji sebanyak RM30,850.

Perkembangan ini seharusnya dipuji dek kesedaran tuntas bakal haji mengenai tuntutan istito’ah dalam menunaikan haji.

Penekanan terhadap kepentingan istito’ah bukan sahaja langkah yang tepat, malah dapat membantu TH dalam penjajaran semula strategi pelaburan demi memberi agihan keuntungan yang kompetitif.

Namun begitu, sejarah merekodkan kos haji pada 2023 telah pun meningkat hampir 100% berbanding sedasawarsa lalu (RM15,555 pada 2013 dan RM30,850 pada 2023).

Malahan, sekiranya kita mengambil sikap realistik dan mengekstrapolasi data kos haji dan inflasi, maka tidak hairanlah kos haji akan terus meningkat.

Justeru, TH perlu meneroka penyelesaian jangka masa panjang yang lebih lestari dalam menangani beban kewangan TH terutama sekali subsidi haji yang bakal meningkat.

Sebagai contoh, TH perlu meneroka potensi agihan keuntungan bersasar kepada para pendeposit TH. Meskipun konsep agihan keuntungan bersasar ini tidak memberi daya penarik kepada golongan T20 untuk berterusan menyimpan wang mereka di TH, namun dengan kefahaman yang betul, tidak mustahil kesemua pemegang taruh akan menyokong inisiatif agihan keuntungan bersasar bagi memastikan kelestarian agihan keuntungan dalam jangka masa panjang.

Konsep agihan keuntungan bersasar bermaksud agihan keuntungan yang lebih tinggi boleh diberikan kepada para pendeposit yang masih belum menunaikan haji dengan kadar yang tertentu dan bagi tempoh tertentu.

Contohnya, TH boleh memberikan kadar agihan keuntungan yang lebih tinggi, misalnya 3.1% (agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2022) + 1.0% bersamaan 4.1% untuk simpanan RM50,000 pertama bagi pendeposit yang masih belum menunaikan haji tetapi telah mendaftar haji dan gilirannya menunaikan haji akan tiba dalam tempoh 20 tahun dan ke bawah.

Jumlah simpanan sebanyak RM50,000 boleh dikira munasabah dengan mengambil kira kos penuh haji sebanyak RM30,850 dan kos sara diri ketika di tanah suci berjumlah beberapa ribu ringgit lagi.

Selain itu, untuk pengoperasian inisiatif di atas, TH boleh mengenakan beberapa syarat tambahan seperti pendeposit bakal haji tidak dibenarkan untuk mengeluarkan agihan keuntungan melainkan dengan kelulusan khas juga boleh dikenakan bagi memastikan jumlah simpanan yang progresif dapat dikumpulkan bagi membolehkan bakal haji untuk menunaikan haji dalam tempoh terdekat, misalnya 10 tahun atau 20 tahun lagi.

Manakala TH boleh mengekalkan kadar agihan keuntungan standard kepada pendeposit kategori kedua yang sudah menunaikan haji atau yang belum berhasrat mendaftarkan diri untuk menunaikan haji.

Malahan, sekiranya pendeposit dalam kategori kedua benar-benar menjiwai falsafah ta’awun atau saling tolong-menolong dalam urusan agama, mereka tidak bermasalah untuk membenarkan jumlah agihan keuntungan yang lebih tinggi diberikan kepada saudara seagama mereka belum direzekikan untuk menunaikan haji.

Agihan keuntungan bersasar ini juga bertepatan dengan tujuan atau maqāṣid TH yang menjadi medan bagi bakal haji untuk menambahkan simpanan mereka untuk menunaikan haji dengan mendapat agihan keuntungan yang patuh syariah.

Malahan, TH juga boleh meneroka satu mekanisme bagi membolehkan pendeposit kategori kedua ini (terutama sekali pendeposit T20 yang sudah mengerjakan haji) untuk menyerahkan secara sukarela (samada keseluruhan atau sebahagian daripada) agihan keuntungan yang diterima pada tahun semasa ke dalam satu dana khas yang diperuntukkan kepada pendeposit bakal haji yang akan menunaikan haji pada tahun tersebut dan tahun berikutnya.

Dana khas kemudiannya boleh diagihkan sebagai subsidi bersasar kepada pendeposit bakal haji, persis skim takaful yang diamalkan dalam industri takaful masa kini.

Inisiatif sebegini juga merupakan cerminan sebenar roh ta’awun yang dapat disemai dalam kalangan para pendeposit yang lebih berkemampuan untuk membantu saudara pendeposit lain yang kurang berkemampuan.

Dalam masa yang sama, jumlah deposit minimum untuk mendaftar haji sebanyak RM1,300 sudah tidak lagi berkadaran dengan kos haji yang semakin meningkat. Sebaliknya, TH perlu menaikkan kadar deposit itu ke jumlah yang lebih munasabah seperti RM3,000. Ataupun 10% berbanding kos haji bagi tahun semasa.

Jika tidak, tempoh menunggu haji akan menjadi lebih 200 tahun dan ini sangat tidak praktikal untuk dilaksanakan. Bahkan, dengan jumlah deposit pendaftaran haji yang lebih tinggi, TH akan memiliki aliran tunai yang lebih banyak dan ini akan memberikan lebih fleksibiliti untuk TH melaburkan wang pendeposit untuk pulangan yang kompetitif.

TH juga tidak sepatutnya disamakan fungsinya dengan bank komersial di mana simpanannya boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun dalam masa yang sama diharapkan memberikan agihan keuntungan yang lumayan terutama sekali bagi mereka yang sudah pun menunaikan ibadah haji.

TH perlu melaksanakan reformasi agihan agihan keuntungan bersasar secara berperingkat bagi memastikan potensi membantu bakal haji untuk membina simpanan mereka bagi tujuan menunaikan haji dapat dimaksimumkan sepenuhnya.

Dr Mohamed Hadi Abdul Hamid merupakan Felo Elit, manakala Dr Mohd Zaidi Md Zabri adalah Pensyarah Kanan, di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya.