15 June 2024

Akhbar Rahman

Featured

Kurang bersyukurkah mereka?

Tugas kita sebagai manusia hanyalah terus berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat tanpa perlu terlalu memikirkan hasil akhirnya. Apabila kita terlalu memikirkan hasil akhir sesuatu perkara berkemungkinan akan menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu.

The kind blood

It's easy to promise ourselves that we will give when we have more – more money, more time, more energy. But in reality, if giving is not part of our habit, it becomes increasingly difficult to do, no matter how much we have. By making giving a personal habit, we ensure that generosity becomes a natural part of our life.

Berganding bahu capai kampus neutral karbon menjelang 2030

Seramai 50 orang pelajar ijazah sarjana muda Universiti Malaya (UM) terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian telah terpilih dalam program khas dalam membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan kelestarian di kampus. Ini merupakan sebahagian daripada projek tahun akhir yang wajib dilaksanakan oleh mereka.

Our body’s mirror

Your mouth is a fine mirror to your body’s health. It has been reported that, about 90% of all systemic diseases have oral manifestations such as mouth ulcers, blisters, polyps, swollen gums, and other gum issues.

Addressing economic challenges of an ageing Malaysian population

The implementation of various strategies, including pension system reform, private savings promotion, healthcare system strengthening, enhanced elderly care services, social inclusion promotion, and development of an integrated ageing policy, can assist Malaysia in effectively managing the economic and social consequences of an ageing population while maintaining a high standard of living for its senior citizens.

Share

“Buat apa nak malu? Kita buat kerja halal; bukannya mencuri,” kata Akhbar Rahman, Pemandu Kenderaan H11 di Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda (JPPHB) Universiti Malaya ketika kami temui baru-baru ini.

Akhbar merupakan salah seorang daripada tiga orang pemandu JPPHB yang ditugaskan untuk memandu lori pembersihan ke seluruh kawasan kampus bagi mengutip sampah sarap yang terkumpul di semua lokasi rumah sampah. “Setiap hari, sekurang-kurangnya saya akan memandu sejauh 50 kilometer bagi mengutip sampah. Dua kali trip waktu pagi, dan sekali lagi di waktu petang,” terangnya mengenai tugas penting yang diamanahkan kepadanya.

Ayah kepada seorang anak ini memaklumkan yang dirinya bukan hanya mampu memandu kereta dan lori, malah kesemua kenderaan yang dimiliki universiti, termasuklah traktor, bas persiaran dan kren pengangkat (‘skylift’). “Tapi saya tetap paling bangga dengan tugas utama saya ini, iaitu memandu lori sampah. Kalau kami tak bergerak, habis kotor kampus kita!” katanya, sambil tersenyum.

Anak jati Melaka yang telah bertugas di UM sejak tahun 2001 ini tertawa bila kami inginkan kepastian sama ada antara kriteria menjadi pemandu lori perlulah mempunyai saiz fizikal yang besar. “Salah tu. Jawapannya tidak sama sekali. Kebetulan sahaja saya memang berbadan besar dan bertugas sebagai pemandu. Yang paling penting ialah ilmu, daya fokus yang tinggi ketika memandu, dan kemahuan untuk memajukan diri dalam kerjaya.

Dan bercakap mengenai kerjaya, suka saya berkongsi pesanan arwah ibu saya semasa mula-mula bekerja dengan UM dahulu: jangan tinggal solat, jangan ambil hak orang, dan sentiasa berlapang dada dengan rezeki yang Tuhan aturkan. Kita kena sentiasa jujur dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberi,” kongsinya.

Ditanya mengenai perancangan menjelang tarikh persaraannya yang bakal tiba tidak lama lagi, penggemar asam pedas ikan pari ini pantas menjawab: “Saya sebenarnya ada impian nak dapatkan satu lagi lesen memandu. Kenderaan yang sangat istimewa, dan hanya lesen membawa kenderaan itu saja yang saya belum ada.”

“Lesen apa tu bang?” tanya jurufoto kami.

“Saya nak ada lesen kapal terbang!” selorohnya, sambil memulakan enjin lorinya bagi memulakan perjalanan syif petang mengelilingi kampus.

📸 Photos by Mohd. Haizal Ismail for CCC (2022).