19 April 2024

Akmal dan Shafiq

Featured

Hakikat kemenangan sebenar Aidilfitri

Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di negara yang madani, aman dan sentosa, dengan menikmati juadah mewah, berpakaian indah dan bergelak ketawa, jangan sesekali kita alpa dan melupakan nasib yang menimpa saudara seagama kita di luar sana, yang masih lagi menderita kebuluran akibat peperangan.

Jaga adab Aidilfitrimu

Alangkah bertuahnya umat Islam kerana diganjari pahala beribadah apabila menyambut hari raya. Ia salah satu keseronokan yang diberi pahala di sisi Allah SWT apabila betul adabnya dan bersesuaian dengan sunnah Rasullullah SAW.

Ubi kayu is not the answer

Rather than viewing rising costs as insurmountable barriers, we should seek alternative ways to fulfil our actual desires and aspirations. Perhaps it could mean hosting potluck lunches and dinners with friends, where each person brings a dish (or leftovers?) to share. Or perhaps it involves exploring outdoor picnics in the park, or preparing prep-meals for the whole week in the fridge.

Segalanya demi senyuman mereka

Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka menanggung kesakitan. Masalah sakit gigi yang akut selalunya berpunca daripada gigi berlubang yang tidak dirawat. Penyakit ini selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga ianya telah terlambat. Anak anda mungkin mengalami masalah tidak boleh makan atau tidur kerana menahan kesakitan yang berpunca daripada gigi.

Malaysia yang bagaimana akan kita tinggalkan kepada mereka?

Barangkali timbul persoalan pada benak sesetengah insan, cukup Muslimkah kita ini apabila mampu menunjukkan kemarahan dalam setiap isu yang berkaitan dengan agama sendiri?

Share

Melihat kelibat dua jejaka tampan dengan uniform tentera ini di setiap majlis rasmi melibatkan kehadiran Tuanku Canselor tentunya membuatkan kita menoleh, dan terfikir:

Siapakah mereka? Dan apakah tugas mereka?

Baru-baru ini, sempena pelancaran buku “Malaysia’s Leap into the Future” di Auditorium, Institut Asia-Eropah, kami sempat berbual seketika dengan dua jejaka tersebut sebelum bermulanya majlis.

“Hari ini kami di sini untuk melaksanakan tugas sebagai ‘pemecah bendera’,” kata Sarjan Mohd. Nur Akmal memulakan perbualan.

“Pecah bendera? Apa tu?” tanya kami kehairanan.

“Upacara ‘pecah bendera’ ini merupakan sebahagian daripada protokol istiadat istana yang menandakan kehadiran Sultan. Selalunya dilaksanakan semasa acara rasmi negara seperti Hari Kebangsaan, apabila menerima kehadiran Yang DiPertuan Agong,” terang Korporal Mohd. Shafiq Shafie pula, segak berselempang merah.

“Abang tahu kan kalau di istana kita kibarkan bendera menandakan sultan atau YDPA sedang bersemayam? Jadi pecah bendera juga mainkan peranan yang lebih kurang sama, iaitu menandakan kehadiran sultan di sesuatu majlis. Seperti majlis hari inilah,” tambah Sarjan Akmal lagi.

“Oh begitu,” sambut kami, hampir serentak.

“Sejak tahun 2018, 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera DiRaja memang ditugaskan sebagai pemecah bendera untuk Sultan Perak bagi semua majlis rasmi yang melibatkan Tuanku di kawasan tengah. Selalunya kami akan menerima arahan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dan akan berada di lokasi majlis beberapa jam lebih awal untuk melipat bendera negeri Perak,” tambah Akmal.

“Paling mengujakan ialah saat ‘memecahkan’ bendera di saat Tuanku menjejakkan kaki keluar dari kenderaannya. Walaupun sudah banyak kali saya lakukan di pelbagai majlis besar dan kecil, namun saya tetap merasai keghairahan melakukannya,” terang Shafiq lagi.

“Lebih-lebih lagi bila majlis di Universiti Malaya ni. Memang menjadi idaman saya untuk masuk UM sejak kecil!” celah Akmal dengan loghat Utaranya.

Menyedari mata jurugambar kami tertumpu kepada uniform yang dipakainya, pantas Shafiq bertanya: “Uniform yang saya pakai ini namanya pakaian nombor satu, khas untuk istiadat rasmi sebegini.”

“Oh, baju pun guna nombor ya? Ada berapa banyak nombor yang digunakan?” tanya jurugambar kami, ingin tahu.

“Sampai nombor 10, bang. Nombor 5 contohnya, adalah baju celoreng; nombor 10 pula pakaian sukan atau riadah,” jawab Shafiq.

Sambil membetulkan songkoknya, Akmal berbisik, “Tapi yang paling special ialah baju nombor 11, bang. Nak tahu kenapa?”

Melihat kami hanya mengangkat bahu, dia terus menyambung:

“Baju 11 baju nikah, bang!” selorohnya seraya beredar mengambil tempatnya di hujung permaidani merah, bersedia menerima ketibaan Sultan.

📸 Photos by Mohd. Fadhli Yong for CCC (2023).