15 June 2024

Buang bayi: Sayang atau benci?

Featured

Kurang bersyukurkah mereka?

Tugas kita sebagai manusia hanyalah terus berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat tanpa perlu terlalu memikirkan hasil akhirnya. Apabila kita terlalu memikirkan hasil akhir sesuatu perkara berkemungkinan akan menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu.

Berganding bahu capai kampus neutral karbon menjelang 2030

Seramai 50 orang pelajar ijazah sarjana muda Universiti Malaya (UM) terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian telah terpilih dalam program khas dalam membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan kelestarian di kampus. Ini merupakan sebahagian daripada projek tahun akhir yang wajib dilaksanakan oleh mereka.

The kind blood

It's easy to promise ourselves that we will give when we have more – more money, more time, more energy. But in reality, if giving is not part of our habit, it becomes increasingly difficult to do, no matter how much we have. By making giving a personal habit, we ensure that generosity becomes a natural part of our life.

Our body’s mirror

Your mouth is a fine mirror to your body’s health. It has been reported that, about 90% of all systemic diseases have oral manifestations such as mouth ulcers, blisters, polyps, swollen gums, and other gum issues.

Addressing economic challenges of an ageing Malaysian population

The implementation of various strategies, including pension system reform, private savings promotion, healthcare system strengthening, enhanced elderly care services, social inclusion promotion, and development of an integrated ageing policy, can assist Malaysia in effectively managing the economic and social consequences of an ageing population while maintaining a high standard of living for its senior citizens.

Share

Oleh: Dr. Mazbah Termizi dan Dr. Nurhidayah Abdullah

Pembuangan bayi adalah merupakan isu yang sering timbul sejak sekian lama, sama ada di Malaysia mahu pun negara-negara lain. Perbuatan meninggalkan bayi atau kanak-kanak dengan tujuan untuk membuang atau pun menyembunyikan kelahiran mereka serta tidak mahu bertanggungjawab, boleh dikategorikan sebagai perbuatan buang bayi. Persoalannya, mengapakah perbuatan buang bayi ini terjadi dan apakah solusi yang diperlukan untuk mengatasi perkara di atas daripada berulang kembali? Aspek sosio-perundangan akan dikupas bagi menangani permasalahan pembuangan bayi ini demi memahami isu di atas.

Memahami isu pembuangan bayi ini adalah satu masalah sosial sangat penting agar masyarakat bersikap lebih prihatin dan bersama-sama mencari solusi. Di dalam konteks keluarga normal, kelahiran anak adalah sangat dinanti. Namun berlainan dalam isu pembuangan bayi, kelahiran bayi mungkin adalah satu keadaan yang tidak diingini atau kurang bersedia dari segala segi. Di dalam konteks pesalah dalam kes remaja mengandung luar nikah, tekanan dari segi faktor umur dan ekonomi memainkan faktor penting ke atas tindakan drastik yang memungkinkan mereka berfikir untuk membuang bayi. Tidak mempunyai sumber kewangan untuk terus menjaga anak yang baru dilahirkan akibat tiada pekerjaan serta tidak mempunyai pendidikan yang baik terus mendesak remaja perempuan untuk membuang anak yang dilahirkan. Namun, apakah semua yang terjadi merupakan kesilapan di bahu remaja yang mengandungkan anak luar nikah itu tadi dan menidakkan liabiliti pihak lain? Pihak lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab perlu diseret ke muka pengadilan agar turut dijatuhi hukuman undang-undang ke atas kes pembuangan bayi yang mungkin dilakukan oleh ‘pasangannya’. Dari segi teknologi, tiada yang mustahil si pelaku dijejaki bersama ‘pasangan’ memandangkan DNA boleh dikaji seperti mana dalam kes-kes pembunuhan, serta lain-lain. Liabiliti ini seharusnya dikaji lebih mendalam memandangkan kes-kes pembuangan bayi boleh menyebabkan kematian ke atas bayi-bayi yang tidak berdosa namun tidak mampu mempertahankan diri kerana faktor usia.

Walaupun kebencian mungkin merupakan salah satu faktor yang mendorong ke atas kes pembuangan bayi, namun tidak dapat dinafikan faktor kasih sayang adalah penyebabnya. Ini kerana, tiada ibu yang mahu melihat anaknya tidak dapat hidup seperti insan lain. Anak yang lahir serba-serbi kekurangan serta dinafikan haknya, memungkinkan si ibu memilih untuk meninggalkan anaknya itu kepada orang lain. Selain daripada cara sah iaitu terdapatnya alternatif dengan meninggalkan bayi yang tidak diingini di ‘baby hatch’ secara legal, selain menyelamatkan nyawa, bayi tersebut boleh dijadikan anak angkat kepada pasangan yang sesuai. Kaedah ini adalah sesuatu yang kontroversi untuk negara kita memandangkan pemikiran masyarakat yang menganggap bahawa ini adalah bagi menggalakkan lagi kes-kes pembuangan bayi berlaku.

Namun hakikatnya, tidak dapat dinafikan, ‘baby hatch’ menyelamatkan nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa ditinggalkan di kaki-kaki lima atau di tempat yang sunyi agar pelaku tidak akan tertangkap dan diakhiri dengan kematian akibat tiada pengawasan ke atas bayi tersebut. Faktor niat sipelaku perlu dikaji oleh pihak berkuasa dalam menangani isu ini, kerana kemungkinan si pelaku berniat hanya untuk memberi bayi yang dilahirkan kepada pihak lain tanpa menyebabkan kematian ke atas anak tersebut dengan harapan bayi tersebut dapat diselamatkan oleh mereka yang menemuinya. Perlu di ingat, di dalam aspek perudangan kriminal, selain perbuatan yang salah itu sendiri perlu dibuktikan, niat adalah satu lagi elemen penting dalam membuktikan kesalahan si pelaku. Ianya juga boleh dijadikan satu bentuk pertahanan sekiranya dibuktikan bahawa si pelaku tidak berada dalam keadaan emosi yang stabil akibat tekanan post-natal (selepas kelahiran). Oleh itu, tidak seharusnya sipelaku dalam konteks membuang bayi diadili secara perbuatannya sahaja tanpa mengambil kira elemen niat mereka. Ini juga perlu diperhalusi dan dibezakan dengan kes-kes lain yang melibatkan pembunuhan serta infantisid yang melibatkan pengguguran. Adalah wajar sekiranya, kes pembuangan bayi dikategorikan dalam istilah tersendiri di dalam konteks jenayah perundangan agar dapat dibezakan dengan kategori jenayah lain yang secara zahirnya seakan-akan sama namun mempunyai kesan yang berbeza iaitu mengakibatkan kematian serta pengabaian akibat dibuang.

Masyarakat seharusnya lebih peka dengan kes-kes pembuangan bayi ini serta boleh memberikan maklumat kepada pihak berkuasa agar kebajikan pihak-pihak terlibat terjaga. Pihak kerajaan juga dewasa kini telah mengambil tindakan lebih proaktif dengan memberikan informasi terkini mengenai statistik yang sebenar mengenai kes pembuangan bayi serta bantuan-bantuan sosial yang mungkin diperlukan dalam aktiviti pencegahan.

Penggemblengan tenaga dari segenap lapisan masyarakat adalah diperlukan bagi menangani permasalah kes pembuangan bayi. Isu ini akan lebih berjaya untuk ditangani sekiranya diaplikasikan elemen sosio-perundangan. Pihak keluarga, institusi pendidikan,institutusi kesihatan, kerajaan dan NGO perlu sama-sama menyedarkan masyarakat bahawa jenayah pembuangan bayi bukan sesuatu yang normal memandangkan resam setiap anak itu memerlukan keluarga. Ini juga adalah searus dengan konsep ‘deinstitutionalisation’ atau de-institusi yang mana, adalah lebih baik anak-anak diberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian dibawah penjagaan ahli keluarganya sendiri dan bukannya di institusi selain keluarga. Ini seterusnya akan membentuk satu kitaran di mana pada masa hadapan, anak-anak ini bakal membesar dan mempunyai keluarga sendiri serta menjaga anak-anak mereka seterusnya.

Dengan cara ini, konsep kekeluargaan akan terus dihormati dan kes pembuangan bayi tidak akan berleluasa. Selain itu, adalah penting untuk menitik beratkan kesihatan mental seseorang memandangkan dalam penyelidikan ke atas anak-anak yang ditinggalkan, kesan jangka panjang adalah mereka kehilangan jati diri dan tertanya-tanya siapakah diri mereka yang sebenarnya. Manakala untuk si ibu tadi akan melalui trauma sepanjang hayatnya memandangkan mungkin perasaan bersalah akibat terpaksa meninggalkan anak yang dilahirkan kepada orang lain.

Pokok-pangkal, segalanya bermula di rumah. Adalah penting masyarakat mengagungkan konsep kekeluargaan dan kasih sayang sesama manusia serta menolak kebencian ke atas mereka yang telah terpalit dengan isu ini. Memberi peluang kedua kepada pesalah adalah diperlukankan agar jenayah buang bayi dapat dibendung pada masa hadapan.

Dr. Mazbah Termizi, merupakan pensyarah kanan di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, manakala Dr. Nurhidayah Abdullah ialah pensyarah kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya. Penulis boleh dihubungi di abd_hidayah@um.edu.my