4 October 2024

Dedah sains aktuari kepada pelajar sekolah

Featured

Antara tuntutan kekeluargaan dan ketetapan fiqah

Oleh: Dr. Mahyudin Daud Kehidupan berkeluarga menurut ajaran Islam adalah...

Seimbangkan keduanya, mahasiswaku

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Masyarakat kini sering dihadapkan dengan...

Influencer, I am

By Halima Saadiah Education has long been the foundation for...

ASEAN, Taiwan dan Korea Selatan

Oleh Dr Nurliana Kamaruddin Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dekad...

Hanya al-Quran penyelamatmu

Oleh: Dr. Selamat Amir Isu penyelewengan dan kesesatan dalam ajaran...

Share

Sains aktuari merupakan cabang bidang sains yang menggunakan kaedah-kaedah matematik dan statistik untuk menilai risiko di dalam bidang kewangan, insuran, dan perbankan. Bidang kerjaya yang melibatkan kepakaran dalam sains aktuari juga amat luas, kerana memerlukan individu yang bukan sahaja mahir dengan proses analisis statistik, namun mampu menyampaikan analisis yang dibuat melalui kaedah komunikasi yang bersesuaian.

Atas inisiatif ingin berkongsi platform terbaik dan bermanfaat kepada industri dan masyarakat, terutamanya pelajar sekolah, Persatuan Matematik dan Aktuari Universiti Malaya (UMACT) telah mengadakan sebuah program pendedahan dan perkongsian ilmu sains aktuari kepada lebih 100 pelajar sekolah menengah dari seluruh negara. Program yang dinamai ‘Kem Aktuari Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan’ (NSACT) telah diadakan di Universiti Malaya (UM), dan disertai oleh pelajar yang bakal menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

“Penganjuran NSACT telah menerima kerjasama dari syarikat perlindungan insuran terbesar di Malaysia dan Singapura, iaitu Great Eastern Life Assurance, dan ini membuktikan kepentingan program sebegini sebagai perantara di antara industri dan bakal pemain industri masa hadapan. Kem ini juga menerima sokongan dari badan profesional tempatan, iaitu Persatuan Aktuari Malaysia (ASM),” kata Lim Ming Liang, 22, pelajar tahun ketiga jurusan sains aktuari UM, yang juga merupakan pengarah program.

Menariknya, aktiviti kem ini tidak terhad kepada konsep perkongsian dan forum semata-mata. Para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri dari sekolah yang berlainan, dan diberikan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan. Penggunan perisian Microsoft Excel, terutamanya yang melibatkan fungsi yang berkaitan dengan analisis statistik dan pengiraan risiko, telah diperkenalkan kepada para peserta. “Aspek kerja berpasukan dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan sememangnya dijadikan teras dalam mereka bentuk pengisian program ini, kerana kepentingannya di dalam industri kelak. Seseorang profesional di dalam bidang aktuari bakal berinteraksi dengan individu dari latar belakang yang berlainan, dan memerlukan kemahiran komunikasi yang baik,” kata Agnes Chan Hui Xin, 22, pelajar tahun ketiga jurusan sains aktuari UM, yang merupakan Timbalan Pengarah NSACT.

“NSACT berpotensi menjadi pusat rujukan untuk para pelajar sekolah yang ingin melanjutkan pengajian di dalam bidang sains aktuari. Pendedahan kepada industri aktuari sebenar dari penceramah jemputan amat membuka mata, bukan sahaja para peserta, malah mahasiswa jurusan sains aktuari yang terlibat juga. Kerjasama dengan pemain industri sebegini juga amat digalakkan oleh pihak universiti dalam memperkasa usaha membina jaringan yang bermanfaat untuk pelbagai pihak dan pemegang taruh,” kata Loke Chang Yueh dari Great Eastern Life Assurance yang telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan harapan dari industri sains aktuari. Beliau juga merupakan Felo di Institut Aktuari, dan Persatuan Aktuari Malaysia.

Kem tahunan ini telah diadakan buat pertama kalinya pada 2018, dan edisi kedua akan diadakan pada bulan Mac 2019. Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah dirancang untuk anggaran seramai 200 orang peserta dari seluruh negara, dengan kerjasama dari syarikat insuran dan persatuan profesional aktuari antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai UMACT dan kem NSACT ini boleh didapati melalui Umi Umairah Ahmad Azman di umiumairah28@gmail.com