1 April 2023

Keluarga RAPAT, keluarga bahagia

Featured

Asmawati Muhamad

“Namun tahukah kita bahawa Rasulullah SAW sendiri sudah pun bercakap mengenai perkara ini sewaktu zaman Baginda? Misalnya, berkait dengan SDG ke-6, Air Bersih dan Sanitasi, ada sepotong hadis yang menceritakan bagaimana Baginda menegur seorang sahabat supaya tidak membazirkan air ketika berwuduk [1].

Jaminan kemampanan ekonomi negara menerusi Wakaf Madani

Institusi wakaf dilihat terus relevan dari semasa ke semasa di negara kita. Bermula dengan kesedaran berwakaf masyarakat di zaman silam, kini wakaf telah berada di hati kita semua.

Tidak salah berbelanja tapi…

Mendapat kurniaan berpuasa Ramadan adalah satu nikmat yang wajib disyukuri. Bulan yang dimuliakan dengan lailatulqadr dan bulan Al-Quran ini perlu dihayati dengan akhlak dan adab yang mulia bagi menjemput keberkatan dan kerahmatan Allah.

Izzati dan Hayati

Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga amal ibadat kita ini diterima oleh Allah SWT, dan setiap hajat dikabulkanNya. Kami juga mendoakan semoga setiap daripada kita dapat menjadi insan yang lebih baik dan mampu membawa perubahan kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Ramadan dan keberkatan rezeki

Oleh: Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh Mencari rezeki adalah menjadi...

Share

Oleh: Dr. Norsafatul Aznin A. Razak

Tidak dinafikan bahawa keluarga merupakan formula yang penting untuk perkembangan kesejahteraan dan kebahagian individu. Secara konseptualnya, kejelekitan atau kerapatan keluarga terdiri daripada ikatan emosi yang kuat antara ahli keluarga dan tahap autonomi yang dialami oleh individu dalam suatu sistem kekeluargaan. Keluarga rapat bukan sekadar dinilai dari jarak fizikal antara ahli keluarga semata-mata, ia lebih dari itu. Keluarga RAPAT boleh dibincangkan dari akronim yang lebih luas. Kerapatan keluarga disumbangkan oleh ahli yang Responsif di mana semua ahli keluarga menunjukkan tahap tindakbalas dan respon yang baik apabila berlaku perubahan dalam kitaran keluarga. Dalam konteks ini, setiap perubahan yang berlaku mudah untuk dikenalpasti dan ditangani dengan berkesan. Sebuah keluarga yang bahagia membolehkan setiap ahli bertindakbalas dengan cara yang diterima dalam budaya keluarga tersebut untuk menunjukkan keprihatinan dan saling kebergantungan antara satu sama lain. Selaras pepatah, ‘cubit peha kanan, peha kiri terasa’, setiap ahli keluarga merupakan cerminan yang lain dan akan memberi kesan kepada ahli keluarga sekiranya terdapat perubahan yang berlaku.

Apresiasi dalam keluarga menjadi penguat sesuatu hubungan rapat dalam keluarga. Biasakan diri untuk menghargai persamaan dan menghormati perbezaan. Kepelbagaian ragam, personaliti malah cara berfikir dalam setiap ahli keluarga adalah berbeza dan kerana perbezaan inilah yang boleh mencetuskan konflik dalam dinamik perhubungan keluarga. Zahirkan rasa kasih sayang melalui apresiasi tentang kejayaan, usaha atau sebarang perkara positif yang dilakukan oleh anak, pasangan atau siapa sahaja dalam keluarga untuk menyuburkan ‘rasa dipunyai’ dalam diri masing-masing. Ibarat “ Keberadaannya dirai, ketiadaannya dicari”, tindakan menzahirkan nilai kasih sayang ini menjadi pintu kepada kerapatan emosi kepada ahli keluarga.

Tidak dinafikan bahawa peraturan dan nilai yang dipegang oleh setiap adalah berbeza-beza. Peraturan bertindak sebagai satu panduan yang perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua ahli keluarga untuk menjaga tingkahlaku, pemikiran dan nilai murni dalam keluarga. Kita selalu mendengar bahawa peraturan yang rigid akan menyebabkan ahlinya rasa terkongkong dan kekal dalam dunia mereka. Justeru, ahli keluarga yang bahagia sentiasa menghormati peraturan dan terbuka berbincang tentang peraturan yang perlu dikekalkan mahupun diubah mengikut keperluan semasa.

Tidak hanya dengan ahli keluarga yang responsif, kebahagiaan sesebuah keluarga boleh dipupuk dengan kerjasama ahli keluarga yang mudah untuk melakukan Adaptasi. Keluarga tidak boleh kekal pada kitaran keluarga yang statik. Perubahan dinamik keluarga yang terdedah dengan krisis pada setiap kitaran seperti kehadiran orang baru dalam keluarga, anak-anak yang membesar, kriris kesihatan dan kewangan dan kehilangan ahli keluarga memerlukan setiap ahli keluarga sentiasa sedar, peka dan sedia membuat adaptasi pada setiap peringkat kitaran kehidupan keluarga. Malah, proses adaptasi ini tidak berjaya sekiranya tanpa kerjasama dari semua ahli keluarga. Menurut sebuah penyelidikan pada tahun 2022 contohnya, kebanyakan keluarga menunjukkan mereka sedang bergelumang dengan cabaran emosi yang sangat ketara khususnya dalam isu kesihatan ahli keluarga.

Tanggungjawab dan tugas yang jelas sememangnya menjadi aspek yang perlu diberi perhatian yang baik dalam keluarga. Jika sebelum ini, tugas dan tanggungjawab mencari nafkah terletak di bahu suami sebagai ketua keluarga namun situasi ini sudah mula berubah kerana bentuk keluarga kontemporari yang berkongsi kuasa dan tanggungjawab dalam pasangan dwi kerjaya. Perubahan bentuk keluarga secara tidak langsung memberi impak kepada delegasi tanggungjawab dan tugas yang perlu dimainkan dalam setiap ahli keluarga.

Kesimpulannya, penentu aras kebahagiaan dan kesejahtera sesebuah keluarga bukan semata-mata kerana pangkat, harta, darjat atau kerapatan fizikal ahli keluarga, tetapi boleh dilihat dan dinilai dari segenap aspek. Oleh yang demikian, semua ahli keluarga perlu cakna dan bijak dalam memperkukuh kebahagiaan dengan memperkasa kerapatan keluarga.

Usaha ini bukan sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana kebahagiaan keluarga dibina dengan komitmen, masa dan rasa percaya anta ahli keluarga.

Penulis merupakan pensyarah kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan Dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di safatul@um.edu.my