15 April 2024

Mencambah sifat al-Amin Rasulullah dalam kepimpinan

Featured

Malaysia yang bagaimana akan kita tinggalkan kepada mereka?

Barangkali timbul persoalan pada benak sesetengah insan, cukup Muslimkah kita ini apabila mampu menunjukkan kemarahan dalam setiap isu yang berkaitan dengan agama sendiri?

Is it not a trial for us too?

Yet, our brothers and sisters in Palestine, the esteemed land of the prophets and the Night of Ascension of Prophet Muhammad to the heavens, as described in the Quran: “Glory be to the One Who took His servant Muhammad by night from the Sacred Mosque to the Farthest Mosque whose surroundings We have blessed, so that We may show him some of Our signs” (Surah al-Isra, 17: 1), deserve our solidarity.

15 tip berhari raya penuh adab dan etika

Tarikh 1 Syawal disambut setiap tahun dengan penuh meriah demi meraikan kemenangan umat Islam seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan meraikan kemenangan dalam melawan musuh nombor satu – hawa nafsu. Jihad melawan nafsu ini dibantu dengan senjata-senjata ibadat yang hebat, terutamanya puasa – dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkannya dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari selama kurang lebih 30 hari.

Berilah kepada mereka yang benar-benar berhak

Bulan Ramadan menjanjikan pahala yang berlipatganda kepada umat Islam tanpa mengira sama ada ia adalah amalan yang wajib atau sunat. Umumnya terdapat pelbagai amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, bersedekah dan pelbagai amalan kebajikan lain.

Jadikan Ramadan refleksi perpaduan masyarakat majmuk Madinah

Kedatangan bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh umat Islam saban tahun lantaran begitu banyak keistimewaan dan kemuliaan yang dijanjikan bersamanya. Namun, tidak semua dari kita berkesempatan bertemu dengan Ramadan seterusnya. Barangkali tahun ini adalah peluang terakhir untuk kita nikmati keindahan bulan Ramadan. Justeru, sebagai umat Islam kita mestilah memanfaatkan sebaik mungkin bulan Ramadan dengan memperbanyakkan dan menggandakan amalan kebaikan.

Share

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin

Malaysia berada di ambang pilihanraya umum ke 15 yang dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh masa yang terdekat. Kehangatan kempen pilihan raya oleh jentera parti sudah mula dirasai. Masyarakat dibuai ombak pilihanraya buat kesekian kalinya: ada yang berenang dan menang; ada yang mabuk dan menjauhinya; ada yang lemas dan lelah; ada yang karam dan musnah. Manifesto parti kelihatan kemas dan cantik dicetak. Kepimpinan yang ditawarkan jika terpilih amat sempurna dan mengagumkan telinga yang mendengar. Namun fikiran yang bersandarkan model kepimpinan Rasulullah SAW akan terus berteka teki tanpa henti meragui pelaksanaannya nanti. Adakah integriti sekadar meniti di bibir atau berjaya hidup dan mekar dalam jangka hayat kepimpinan tersebut?

Ironinya, isu integriti pemimpin terus meniti bibir masyarakat yang tidak berpuas hati dengan kemunculan kes-kes rasuah yang melibatkan pucuk pimpinan Negara maupun organisasi kerajaan disebabkan ketirisan integriti. Sesebuah Negara, institusi dan organisasi mendambakan ahli, kakitangan, rakyat dan pemimpin yang berintegriti, amanah, jujur, bijaksana, matang, berkaliber dan berpuluh-puluh lagi kualiti baik.

Secara umumnya, jika dikemukakan pertanyaan kepada pengundi apakah aspek yang mereka pilih, jawapannya adalah rencam. Pendek kata ada golongan yang memilih kualiti diri pemimpin yang mantap karakternya, bersih dan bebas rasuah dalam pemilihan mereka setiap kali musim pilihanraya. Namun kekecewaan demi kekecewaan menjelma seolah-olah belenggu kebejatan sosial rasuah masih menjerat kehidupan masyarakat. Hari demi hari berita rasuah disajikan dalam media sosial. Dulu dan kini ia realiti bukan mimpi yang bertepi. Segelintir individu di pelbagai peringkat bersikap mengenepikan integriti, justeru rasuah dirai. Masalah ini telah menjadi kudis yang perlu dirawat rapi sebelum membarah dalam masyarakat madani.

Rasuah amat dikeji dan diperangi oleh Baginda Rasulullah SAW. Kepimpinan Rasulullah SAW adalah manifestasi wahyu dan perintah daripada Allah SWT. Justeru umat Islam perlu mempelajari dan memahami selok belok ilmu kepimpinan yang diaplikasikan oleh Baginda SAW agar terjamin kelestarian Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur. Firman Allah SWT yang bermaksud: dan janganlah kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim supaya kamu dapat mengambil sebahagian daripada harta orang dengan cara berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya.(Al-Baqarah: ayat 188).

Pemilikan harta secara batil atau penipuan tidak menjanjikan ketenangan dan kesenangan yang sebenar. Malah hukumnya haram dan tiada keberkatan. Rasulullah SAW mengingatkan kita melalui sabdanya yang bermaksud: tidak akan memasuki syurga, daging yang tumbuh daripada sumber yang haram; api neraka lebih layak baginya. (Riwayat Imam Ahmad)

Masyarakat patut sedar dan maklum setiap kategori rasuah yang digariskan oleh SPRM dan undang-undang agar terselamat daripada amalan yang merosakkan ini. Beberapa hadis yang diriwayatkan oleh sunan sittah iaitu Sunan Abi Daud (No 3580), Sunan Al-Tirmizi (No 1337) dan Sunan Ibn Majah(No 2313) antaranya menyatakan bahawa Rasulullah SAW melaknat pemberi dan penerima rasuah. Di samping itu, Rasulullah SAW dalam hadis lain turut melaknat sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah seperti orang tengah dan seumpamanya. Maksud hadith riwayat Thaubah RA: Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat perantara kedua-duanya.

Isu rasuah akan lenyap apabila pemimpin dan rakyat memperjuangkan integriti dan mengamalkannya dalam segenap aspek kehidupan. Integriti menagih keberanian dan kecekalan hati serta minda. Lembaran Sejarah Islam telah membuktikan pembentukan karekter Rasulullah SAW yang tinggi integriti ketika menjalankan perniagaan tuannya di Negara Syam. Tuntasnya Baginda digelar al-Amin yang boleh disinonimkan dengan integriti. Satu lagi contoh integriti Rasulullah SAW dalam penghakiman melalui kisah yang popular dalam masyarakat Islam di mana Baginda bersumpah sekiranya anakandanya saidatina Fatimah RA mencuri nescaya Baginda SAW akan memotong tangannya. Umum mengetahui bahawa Saidatina Fatimah RA merupakan anak kesayangan Rasulullah SAW. Itulah contoh dan model yang mesti diikuti oleh umat Nabi Muhammad dalam kelestarian ajaran Islam dan manifestasi iman dan taqwa kepada Allah SWT.

Tengkolok sampin pakaian tradisi
Warisan seni indah menawan
Integriti pemimpin perlu diwarisi
Berani berperang rasuah ditawan

Penulis merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan boleh dihubungi di aizan@um.edu.my