29 March 2024

Meneladani kepimpinan transformasi Rasulullah SAW hadapi pandemik

Featured

Menolak SUKOM 2026 satu keputusan bijak

Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM) 2026, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) telah mengutuskan delegasi rasmi pada 5 Februari lalu dan menawarkan peluang kepada Malaysia menggantikan Victoria sebagai penganjur temasya sukan kedua terbesar selepas sukan Olimpik.

Zahrah selangkah menghampiri impiannya

“Sejak diperkenalkan kepada bidang hartanah ini oleh bapa, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Inilah kerjaya yang mampu menggilap dan menyerlahkan potensi diri saya yang sebenar untuk menjadi seorang yang bukan sahaja berjaya dari segi individu, tetapi juga menjadi manfaat kepada komuniti,” terang Fatimatul Zahrah Mohd Zainal memulakan perbualan.

Let’s get them out there

In addition to personal development, travel can also drive innovation and collaboration within the academic community. By facilitating cross-cultural exchange and collaboration, universities can leverage diverse perspectives to tackle complex challenges and drive progress.

Keperluan adaptasi AI di dalam kurikulum pendidikan

Kecerdasan Buatan atau Kepintaran Buatan (AI) dalam pendidikan perlu disesuaikan dengan kandungan pendidikan semasa, memberi pengalaman pembelajaran bagi memenuhi keperluan pelajar dan membolehkan pembelajaran personal dilaksanakan bagi menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran.

To host or not to host, that is the question

This bid has spurred conversations about Malaysia’s readiness to re-enter the global sports stage, underlined by the statement, “There is nothing common about the Commonwealth Games.” This phrase sets the tone for an economic examination of the immense challenges and implications of hosting such a distinguished event.

Share

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan terlampau banyak perubahan berlaku dalam kehidupan kita. Justeru, keadaan ini menuntut kepada kepimpinan yang mampu menangani perubahan. Tanpa pemimpin yang baik dan cemerlang, sesebuah organisasi atau negara tidak mampu mendepani kemelut pandemik COVID-19 ini, yang telah menyebabkan kematian berjumlah 12,200 orang setakat ini. Sebagai seorang insan, kita memerlukan seorang pemimpin yang boleh memimpin kita ke arah kejayaan, dan bukannya kemudaratan dan kemusnahan.

Terdapat banyak model kepimpinan cemerlang, seperti kepimpinan pasukan, pencapaian matlamat, karisma, dan transformasi. Model kepimpinan pasukan memfokus penglibatan pekerja dan pengeluaran, di mana budaya hormat menghormati diberi penekanan. Manakala model kepimpinan pencapaian matlamat sentiasa mencabar pekerja dan meletakkan jangkaan yang tinggi, namun pada masa yang sama kepercayaan turut diberikan untuk mereka mencapai matlamat. Model kepimpinan karisma pula bersifat reaktif dan memberi inspirasi bagi mencapai prestasi yang terbaik.

Model kepimpinan transformasi pula sesuai digunakan di mana-mana peringkat organisasi, waima sebesar negara pun. Kepimpinan transformasi meletakkan pemimpin sebagai model kepada pengikutnya. Justeru, beliau perlu mengotakan apa yang dikatakannya. Bentuk kepimpinan transformasi menekankan kepada elemen proaktif, iaitu memikir di luar kotak mencari solusi bagaimana masalah boleh diselesaikan. Mencari cara atau kaedah baru dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Sememangnya ini bukanlah satu perkara yang mudah, terutamanya dalam mendepani perubahan atau sesuatu perkara yang baharu seperti pandemik COVID-19 ini. Maka, seorang pemimpin transformasi seharusnya akan memperkasakan pengikutnya dan memberi ganjaran sekiranya pengikut mereka dilihat kreatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pemimpin transformasi juga tidak gemar mengkritik pengikut mereka di khalayak ramai. Sehubungan itu, bentuk kepimpinan ini kebiasaannya akan meningkatkan keyakinan pengikut mereka dan menjadikan mereka komited dalam memastikan objektif dan sasaran organisasi tercapai.

Bentuk kepimpinan transformasi juga tidak menyalahi agama Islam, dan Rasulullah SAW merupakan contoh seorang pemimpin yang cemerlang. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Rasulullah SAW dikenali sebagai seorang al-Amin yang sentiasa bercakap benar pada setiap masa. Perihal ini menyebabkan Baginda individu yang dipercayai di kalangan peniaga, malah di kalangan seluruh kaum Quraisy. Sifat cemerlang Baginda ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Riwayat Muslim, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.”

Menjaga lidah juga merupakan tuntutan agama Islam. Rasulullah SAW tidak pernah berkasar kepada sesiapa pun, waima kaum Quraisy yang telah melontar kepadanya batu dan najis, dan meletakkan duri di jalan-jalan yang dilalui oleh Baginda. Sebaliknya, Baginda dikenali dengan sifat fatonah iaitu cerdas, bijaksana, dan berhemah dalam berhujah.

Rasulullah SAW mengamalkan musyawarah dalam mencari jalan penyelesaian masalah. Peperangan Khandaq merupakan satu contoh di mana umat Islam telah menemui solusi yang inovatif, hasil cadangan seorang bekas hamba dari Parsi. Ini menunjukkan bahawa walaupun kita mempunyai kekangan dari segi sumber sama ada pekerja, masa dan kewangan, pasti kita akan berjaya sekiranya kita bertawakkal dengan apa yang telah diputuskan dalam perbincangan atau mesyuarat. Bak kata pepatah Melayu, muafakat membawa berkat. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya’, ayat 107 yang bermaksud : “Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam”. Justeru, kita perlu mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku di zaman Rasulullah SAW serta sahabatnya.

Seorang pemimpin transformasi yang cemerlang pastinya akan cuba untuk memastikan pandemik COVID-19 dapat ditangani dengan baik. Dia tidak akan menyebabkan pekerja atau rakyatnya ditimpa bencana dan musibah dari segi sosio-ekonomi dan kesihatan, sama ada fizikal mahu pun mental. Cabaran pandemik COVID-19 juga boleh mengganggu gugat keimanan seseorang. Dikatakan ada yang mati membunuh diri kerana tidak tahan menanggung kesengsaraan kewangan dek kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Pandemik COVID-19 telah merubah cara bekerja kepada alam maya yang memerlukan pelaburan tambahan seperti komputer, internet dan perisian virus. Rentetan itu, ramai yang tertekan kerana tidak tahan menanggung kaedah pekerjaan secara maya ini.

Justeru, sebagai seorang pemimpin cemerlang yang proaktif, perlu memikirkan cara bagaimana perkara ini boleh dihalang daripada terus berlaku. Contohnya, mengasingkan penjimatan kos operasi yang diperolehi di organisasi apabila pekerja berkerja dari rumah seperti bil elektrik, air, makan, pembersihan, elaun perjalanan kepada insentif kewangan pasca COVID-19. Insentif kewangan ini kemudiannya bolehlah diberikan kepada pekerja atau pelajar yang terkesan bagi membantu mereka sedikit sebanyak dalam mendepani kesan pandemik.

Bantuan sebegini tentunya didokong seperti mana dalam satu hadis sahih Riwayat Muslim yang bermaksud: “Jangan kamu memandang rendah terhadap perkara-perkara yang kecil (iaitu kerana ia amat besar timbangannya di sisi Allah SWT) walaupun hanya sekadar berwajah manis kepada saudara kamu.”

Penulisan ini telah diterbitkan BebasNews (Ed.)