2 December 2023

Meneruskan legasi kecemerlangan Rasulullah SAW

Featured

It’s never too late to have braces!

By: Dr. Yasmin Kamarudin, Assoc. Prof. Dr. Saritha Sivarajan Let’s...

It’s not okay for your gum to bleed

Pay attention to the signals your body is telling you. It is not okay to have gum bleeding every now and then. Make that visit to the dentist, so they will examine you and provide the necessary treatment to control your gum bleeding problem.

Will there ever be the next Oxfords, Harvards?

Every nation has their own strength and limitations from socio-economic and geo-political background. Like in any other sectors, advancing strategies for universities should then also be based on their own strength rather than following what others are doing elsewhere.

Bersolidaritilah, walau di mana kita berada

Serangan Israel ke atas Palestin merupakan tragedi kemanusiaan yang...

Be on the lookout for your teeth during festive and holiday seasons

By: Assoc. Prof. Dr. Nor Azlida Mohd. Nor Malaysia’s festive...

Share

Oleh: Dr. Aizan Binti Ali@Mat Zin

Tak kenal maka tak cinta. Ia merupakan bait kata-kata yang sering diungkapkan apabila kita berada dalam keadaan tidak mengenali dan memahami sesuatu maupun seseorang. Mana mungkin umat Nabi Muhammad SAW jatuh cinta kepada Baginda Rasulullah SAW yang telah wafat jika tidak mengenali dan menyelami ajaran Islam secara menyeluruh dan mendalam. Justeru, umat Islam perlu menggali khazanah ilmu yang ditinggalkan dan diwarisi oleh para ulama dan awliya demi cinta kepada agama Islam dan utusan Allah SWT.

Sumber Sejarah Islam yang muktabar dan boleh dirujuk oleh seluruh umat Islam adalah al-Quran dan al-hadis. Kedua-duanya merupakan sumber utama dan primer. Buku-buku sirah Nabi yang ditulis dan disusun dengan merujuk kedua-dua sumber ini telah mencatatkan pelbagai peristiwa yang berkaitan dengan kehidupan Baginda SAW dan turut menceritakan gambaran rupa paras Nabi Muhammmad SAW berdasarkan deskripsi keluarga dan para sahabat. Kitab hadis yang muktabar di sisi ahli sunnah wal jamaah adalah sunan sittah; sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abi Daud, Sunan ibn Majah dan Sunah al-Nasa`ie

Sebagai contoh sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik R.A di mana beliau pernah berkata, maksudnya: Rasulullah SAW bukanlah orang yang terlalu pendek, (Kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus. Baginda SAW diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia 40tahun. Baginda SAW menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama sepuluh tahun. Baginda SAW diwafatkan oleh Allah dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya. (Riwayat al-Bukhari: No 3547)

Bina kecemerlangan pasukan melalui pembacaan sejarah Rasulullah SAW (Gambar hiasan dari Unsplash)

Berdasarkan hadis sahih riwayat Imam al-Bukhri di atas, umur Rasulullah SAW ketika wafat adalah 60 tahun, sedangkan buku-buku yang berada di tangan kita menyebut bahawa Baginda wafat ketika berumur 63 tahun. Bagaimana perbezaan ini boleh timbul? Malah ada yang bertanya; yang mana satu lebih tepat? Jika masyarakat menguasai ilmu falak, mereka lebih mudah faham faktor timbul perbezaan umur tersebut. Begitu juga dengan perbezaan tarikh berlaku sesuatu peristiwa dalam sejarah Islam.

Perbezaan ini berpunca daripada sistem catatan tarikh yang berbeza telah menyukarkan para sejarawan mencatat tarikh yang sama. Sebagai contoh, umat Islam menyebut Tahun Gajah sebelum kaledar hijri disusun. Kalendar Hijri disusun berdasarkan sistem pergerakan bulan. Ia berlainan dengan sistem kalendar masihi yang dikira berasaskan pergerakan bumi mengelilingi matahari. Selain daripada kalendar Hijri dan Masihi, terdapat banyak sistem kalendar lain yang banyak dipengaruhi oleh kemahiran astronomi sesuatu tamadun seperti Melayu, Jepun, Cina dan India. Justeru tidak hairan jika timbul pelbagai tarikh dicatat untuk sesuatu peristiwa yang sama.

Apa yang penting kita faham adalah sifat sejarah yang “in situ” tidak boleh dipindahkan masanya atau lokasinya kepada masa hari ini dan lokasi pada hari ini. Ia tidak akan pernah sama dan tepat. Malah, hari ini kita turut menyaksikan 1 Syawal tahun Hijrah di Malaysia tidak sama dengan beberapa buah Negara yang lain walaupun berada di garisan Khatulistiwa yang sama. Sistem kalendar dan tarikh yang diterimapakai oleh sesebuah kerajaan akan digunakan dalam urusan kehidupan seharian.

two person standing on cliff
Terlalu banyak yang boleh kita pelajari dari sejarah, asal sahaja kita memahami konteksnya dan pengajaran yang cuba dibawa (Gambar hiasan dari Unsplash)

Contohnya di Malaysia kita menggunakan kalendar Masihi untuk urusan rasmi dan catatan tarikh. Namun ada yang turut meletakkan tarikh hijri di samping tarikh masihi untuk sesuatu catatan peristiwa dan urusan rasmi. Apabila kita menggunakan aplikasi dalam talian untuk menukar tarikh masihi kepada tarikh hijri, akan muncul tarikh yang berbeza dengan tarikh hijri yang tercatat pada dokumen rasmi. Justeru, tarikh yang tercatat pada dokumen rasmi tersebut yang diterima sebagai benar dan sah.

Masyarakat Islam di Malaysia perlu sedar dan memahami kepentingan ilmu sejarah Islam. Ia bukan sekadar ilmu yang mati tetapi hidup dan membentuk pemikiran serta kefahaman masyarakat pada hari ini. Kecelaruan sumber sejarah Islam dalam kalangan umat Islam telah menghakis jati diri mereka sebagai pewaris umat yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada zaman keagungan Islam. Umat Islam patut bangga menjadi seorang Muslim dan meneruskan legasi kecemerlangan tersebut dalam pelbagai bidang ilmu dan kerjaya.

Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan boleh dihubungi di aizan@um.edu.my