2 December 2023

Nor Aina Mahazer

Featured

It’s never too late to have braces!

By: Dr. Yasmin Kamarudin, Assoc. Prof. Dr. Saritha Sivarajan Let’s...

It’s not okay for your gum to bleed

Pay attention to the signals your body is telling you. It is not okay to have gum bleeding every now and then. Make that visit to the dentist, so they will examine you and provide the necessary treatment to control your gum bleeding problem.

Will there ever be the next Oxfords, Harvards?

Every nation has their own strength and limitations from socio-economic and geo-political background. Like in any other sectors, advancing strategies for universities should then also be based on their own strength rather than following what others are doing elsewhere.

Bersolidaritilah, walau di mana kita berada

Serangan Israel ke atas Palestin merupakan tragedi kemanusiaan yang...

Be on the lookout for your teeth during festive and holiday seasons

By: Assoc. Prof. Dr. Nor Azlida Mohd. Nor Malaysia’s festive...

Share

“Sebenarnya saya serba salah bila mahu ditemuramah begini,” kata Nor Aina Mahazer, Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO) Universiti Malaya ketika memulakan perbualan.

“Kenapa pula?” tanya kami, kehairanan.

“Kerana sebahagian besar tugas kami di Unit Perkhidmatan Perlindungan Sinaran (UPPS) sebenarnya dijalankan secara rahsia, dan sememangnya tidak boleh dimaklumkan kepada orang ramai.

Cuba bayangkan jika maklumat mengenai lokasi-lokasi bahan radioaktif di UM diketahui oleh mereka yang mempunyai agenda jahat? Sesuatu yang sangat buruk mungkin boleh berlaku, kerana kita tidak perlukan kuantiti bahan radioaktif yang banyak untuk digunakan sebagai senjata, dalam bahan letupan, dan lain-lain bahan yang berbahaya,” terang Aina, sungguh-sungguh.

Secara analogi, tugasnya sebagai seorang RPO adalah ibarat seorang pemegang lesen memandu yang utama. Tanpa lesen ini, tiada kenderaan boleh beroperasi dan tiada pemandu boleh memandu di UM.

Menurut anak jati Nibong Tebal, Pulau Pinang ini, lesen yang dimaksudkan didapati daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). “Dan bila adanya lesen ini, maka barulah pekerja dan penyelidik UM boleh menjalankan pelbagai penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan yang menggunakan peralatan sinaran dan bahan radioaktif,” katanya lagi.

“Di kalangan universiti awam di Malaysia, hanya UM dan UKM sahaja yang menerima lesen Kategori 1 berdasarkan tahap sekuriti bahan radioaktif dan peralatan sinaran yang digunakan. Di UM contohnya, kita ada 63 peralatan x-ray, dan 74 unit bahan radioaktif; yang digunakan oleh 49 orang pekerja sinaran yang diiktiraf oleh AELB dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” terang Aina, tanpa merujuk mana-mana fail atau nota sewaktu memaklumkan statistik yang dinyatakan.

Ketika ditanya mengenai kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang berkhidmat di UM sejak 2006, Nor Aina pantas mengimbau insiden kebakaran di Balai Ungku Aziz pada tahun 2012. “Itu merupakan insiden pertama yang memerlukan saya dan pasukan UPPS bertindak sebagai ‘first responder’ kerana terdapat bahan radioaktif dan mesin x-ray yang digunakan di bangunan tersebut. Kami bekerjasama rapat dengan pihak bomba bagi memastikan keselamatan sinaran kepada semua pihak yang terlibat.

Seperkara lagi yang boleh dikira sebagai kenangan manis sepanjang perkhidmatan ini adalah saya merupakan antara perintis RPO wanita di Malaysia, ketika memulakan tugas di UM 17 tahun dahulu. Saya amat bersyukur diberi peluang untuk menyumbang di universiti terbaik negara, bersama-sama pasukan pekerja sinaran yang berdedikasi,” terang Nor Aina, panjang lebar.

“Oh ya. Saya harap abang berhati-hati bila bertugas selepas ini, ya? Kerana abang sekarang boleh dijadikan sebagai sasaran pengganas,” pesannya tiba-tiba kepada kami.

“Kenapa pula? Kami cuba datang temuramah dan ambil gambar saja,” tanya jurugambar kami, terpinga-pinga.

Nor Aina kemudiannya menerangkan: “Untuk pengetahuan abang, bahan radioaktif di UM ini ada di antaranya boleh digunakan untuk membuat bahan letupan dengan kekuatan radiasi seluas kawasan berjejari 5 kilometer!”

Terlopong mulut kami, seraya masing-masing mula memikirkan kaedah terbaik meloloskan diri dari dikesan pengganas dalam perjalanan pulang ke rumah nanti.

“Eh, janganlah serius sangat bang. Kalau mereka nak ambil pun, bukannya dengan hanya tahu lokasi bahan radioaktifnya sahaja. Banyak lagi maklumat yang diperlukan,” terang Nor Aina, bila melihat riak muka kami yang penuh kerisauan.

“Dah, jangan risau. Jom kita minum kopi dan makan brownies yang saya sediakan ni,” ajaknya mesra, mengakhiri sesi temuramah kami petang itu.

📸 Photos by Mohd. Yani Alias for BPP (2022) and Mohd. Fazli Zainordin for CCC (2022).