15 April 2024

Sokongan di tempat kerja solusi tangani kesejahteraan mental pasca COVID-19

Featured

Malaysia yang bagaimana akan kita tinggalkan kepada mereka?

Barangkali timbul persoalan pada benak sesetengah insan, cukup Muslimkah kita ini apabila mampu menunjukkan kemarahan dalam setiap isu yang berkaitan dengan agama sendiri?

Is it not a trial for us too?

Yet, our brothers and sisters in Palestine, the esteemed land of the prophets and the Night of Ascension of Prophet Muhammad to the heavens, as described in the Quran: “Glory be to the One Who took His servant Muhammad by night from the Sacred Mosque to the Farthest Mosque whose surroundings We have blessed, so that We may show him some of Our signs” (Surah al-Isra, 17: 1), deserve our solidarity.

15 tip berhari raya penuh adab dan etika

Tarikh 1 Syawal disambut setiap tahun dengan penuh meriah demi meraikan kemenangan umat Islam seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan meraikan kemenangan dalam melawan musuh nombor satu – hawa nafsu. Jihad melawan nafsu ini dibantu dengan senjata-senjata ibadat yang hebat, terutamanya puasa – dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkannya dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari selama kurang lebih 30 hari.

Berilah kepada mereka yang benar-benar berhak

Bulan Ramadan menjanjikan pahala yang berlipatganda kepada umat Islam tanpa mengira sama ada ia adalah amalan yang wajib atau sunat. Umumnya terdapat pelbagai amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, bersedekah dan pelbagai amalan kebajikan lain.

Jadikan Ramadan refleksi perpaduan masyarakat majmuk Madinah

Kedatangan bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh umat Islam saban tahun lantaran begitu banyak keistimewaan dan kemuliaan yang dijanjikan bersamanya. Namun, tidak semua dari kita berkesempatan bertemu dengan Ramadan seterusnya. Barangkali tahun ini adalah peluang terakhir untuk kita nikmati keindahan bulan Ramadan. Justeru, sebagai umat Islam kita mestilah memanfaatkan sebaik mungkin bulan Ramadan dengan memperbanyakkan dan menggandakan amalan kebaikan.

Share

Oleh: Prof. Madya Dr. Ilhaamie Abdul Ghani Azmi

Negara Malaysia baru-baru ini digegarkan dengan berita kematian seorang pegawai perubatan yang terjatuh daripada asrama kediamannya. Stres adalah antara penyebab yang dikaitkan dengan kematian. Perkara ini merupakan kerugian kepada negara kerana telah membelanjakan banyak wang ke atas pembangunan para pegawai perubatan. Pegawai perubatan graduan merupakan modal insan dan mereka merupakan aset kepada negara kita apabila mereka selesai dari menjalani latihan perubatan atau dikenali sebagai housemanship. Justeru, negara perlu menangani perkara ini dengan baik bagi memastikan perkara ini tidak lagi berlaku di masa hadapan.

a woman holds her hands over her face
Tekanan tempat kerja boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan mental seseorang – Gambar hiasan Unsplash

Terdapat beberapa faktor penyebab mengapa seseorang menghadapi masalah tekanan perasaan. Antaranya ialah:

STRES

Antara faktor penyebab kepada masalah mental ialah stres. Stres akan dialami apabila seseorang merasa tekanan perasaan atau emosi disebabkan oleh desakan masa, kewangan dan orang dalam melakukan sebarang pekerjaan atau tugasan. Stres juga dialami apabila kita menghadapi konflik dan persimpangan pemilihan dalam membuat keputusan.

BULI

Selain itu, stres juga dialami apabila seseorang dibuli oleh orang lain. Antara sebab mengapa orang suka membuli ialah kerana faktor peribadi dan juga budaya di tempat kerja. Faktor peribadi seperti latar belakang pendidikan dan keluarga boleh mencorakkan personaliti seseorang sama ada suka membuli ataupun tidak. Budaya tempat kerja juga yang mana tiada kawalan atau mempunyai kawalan yang lemah terhadap perkara buli boleh menyebabkan mangsa buli merasa mereka tidak dihargai di tempat kerja. Pendek kata, sekiranya seseorang itu merupakan mangsa buli, mereka mempunyai kemungkinan untuk membalas dendam dan melakukan perkara yang sama kepada orang lain yang dipandang lemah oleh mereka.

KEGUSARAN

Kegusaran atau ‘anxiety’ ialah perasaan runsing dan bimbang yang melampau. Apabila seseorang itu berada dalam keadaan stres yang terlalu lama, ia akan membawa kepada keadaan kegusaran dan ‘burnout’.

BURNOUT

‘Burnout’ berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menumpukan fikiran, tidak memfokus, atau memberi perhatian terhadap pekerjaannya disebabkan oleh keletihan emosi yang amat sangat. Perkara ini boleh menjangkiti pekerja lain sekiranya ia tidak ditangani dengan segera. Burntout pekerjaan boleh menyebabkan seseorang itu tidak hadir bekerja atau melepak dan mempunyai niat untuk berhenti kerja. Malah, ia mempunyai kaitan dengan kesakitan fizikal seperti sukar bernafas, sakit dada, hilang selera makan dan pening kepala.

KEMURUNGAN

Kemurungan atau dengan kata lain depression adalah satu perasaan apabila seseorang itu mempunyai fikiran untuk membunuh diri. Ini berlaku apabila perasaan stres tidak dapat dibendung dan seseorang merasakan tiada jalan keluar daripada masalah itu melainkan dengan membunuh diri bagi menamatkan masalah tersebut.

Bagi menyelesaikan masalah-masalah ini dan memastikan tiada warga kerja yang mempunyai pemikiran negatif atau membunuh diri, sesebuah organisasi perlu membuat tindakan pantas dalam merekabentuk pelan tindakan yang mencakupi setiap tahap organisasi. Dengan itu, perlindungan adalah menyeluruh bagi melindungi modal insan dan aset organisasi. Setiap tahap organisasi perlu mempunyai komiti yang bertindak bersama bagi membendung perkara ini daripada berlaku. Perkara buli perlu dilaporkan dan diambil tindakan segera. Selain itu, komiti ini perlu menganjurkan ceramah keagamaan bagi mengisi jiwa pekerja yang kosong agar mereka mensyukuri rahmat dan redha dengan ujian yang diberikan oleh Tuhan.

Majikan juga perlu menunjukkan perasaan empati apabila pekerja mereka merasa tertekan, risau atau burntout. Jelaskan jangkaan mengenai jenis dan jumlah tugasan serta prestasi yang dikehendaki dari para pekerja. Sediakan bahan, peralatan dan maklumat kepada mereka agar mereka dapat bekerja dengan selesa dan dapat menyelesaikan tugasan mereka dengan pantas. Kongsikan bersama perasaan kecewa mereka mengenai sesuatu perkara secara produktif. Berikan penghargaan dan pengiktirafan. Pujian juga penting bagi memotivasikan mereka untuk bekerja dengan lebih keras di masa akan datang. Biasanya, pekerja akan lebih bertenaga, kreatif dan boleh diharap apabila mereka dipuji.

Sementara itu, perlu ada sebuah pusat dalam organisasi yang menjaga kesihatan mental para pekerja mereka. Pusat ini boleh menganjurkan pemeriksaan mental setiap tahun dan mengadakan atau meraikan hari mental sedunia pada setiap 10 Oktober dengan mengadakan ceramah kesedaran tentang kesihatan mental. Mana-mana warga kerja yang gagal dalam pemeriksaan mental tersebut perlu menjalani terapi samada oleh kaunselor atau pakar psikaitri.

woman in white sweater holding black round frame
Penyediaan khidmat kaunseling merupakan antara inisiatif sokongan yang boleh disediakan oleh organisasi bagi menjamin kesejahteraan emosi staf – Gambar hiasan dari Unsplash

Organisasi juga perlu memberikan sokongan dari segi kewangan agar pekerja tidak merasa terbeban dengan masalah kewangan mereka. Walaupun tidak banyak yang boleh diberikan oleh organisasi, sekurang-kurangnya keprihatinan yang dicurahkan oleh organisasi dapat menenangkan fikiran dan perasaan pekerja bahawa mereka masih disayangi dan diperlukan.

Pendek kata, sokongan dari segi emosi, maklumat dan fizikal adalah penting bagi pekerja untuk dapat menyumbang tenaga, fikiran dan masa mereka kepada organisasi. Ini penting bagi kedayasaingan dan kelestarian organisasi pada masa akan datang.

Prof. Madya Dr. Ilhaamie Abdul Ghani Azmi

Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan boleh dihubungi di amieazmi@um.edu.my