2 May 2024

Hakikat kemenangan sebenar Aidilfitri

Featured

Let’s get intimate with our animals

Universiti Malaya (UM) is thrilled to announce the “Farm Visit @ Ladang Mini ISB Open Day,” an enriching event that will coincide with the Science Open Day, Faculty of Science 2024.

Inisiatif AI kerajaan penuhi tuntutan maqasid syariah

Justeru itu dengan wujudnya platform AI Untuk Rakyat ia merupakan pemangkin untuk seluruh rakyat Malaysia mempelajari ilmu AI yang semakin berkembang dan memerlukan kemahiran ilmu, etika dan kebijaksanaan dalam mengendalikannya.

Jauhi 6 sindrom dalam beragama

Pada masa kini, umat Islam masih lagi berpecah dan berselisih, serta gagal mencari titik temu dalam mewujudkan perpaduan bersama. Tidak kira isu fundamental atau isu cabang, tiada persepakatan dalam kalangan mereka, sama ada pada peringkat agamawan atau orang awam.

Pick one; just one

In the end, success is not about reaching a predetermined destination but about embracing the journey, learning from our experiences, and growing along the way. So let us embrace the journey wholeheartedly, trusting that by being diligent, conscientious, and resilient, we will ultimately find our way to fulfilment and our very own intended meaning of success.

The Gaza Educide

The bombings of these educational institutions raised a question whether there was a deliberate intent to dismantle Gaza’s entire education system.

Share

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar

Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di negara yang madani, aman dan sentosa, dengan menikmati juadah mewah, berpakaian indah dan bergelak ketawa, jangan sesekali kita alpa dan melupakan nasib yang menimpa saudara seagama kita di luar sana, yang masih lagi menderita kebuluran akibat peperangan.

Di Palestin, derita yang dialami umat Islam di sana bukan sedikit, malah diancam genosid. Di sana, mereka berpuasa dalam keadaan berjaga-jaga, penuh debar, tanpa sahur dan iftar. Tetapi mereka tetap tidak berputus asa melangkahkan kaki ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat tarawih tanpa mengenal erti kalah, lelah dan letih. Mereka sememangnya “pemenang” yang tidak dipertikaikan dan berhak menyambut kemenangan Aidilfitri yang hakiki.

Persoalannya, apakah kita di sini sudah memahami erti dan berhak meraikan kemenangan Aidilfitri?

Hari Kemenangan Aidilfitri

Kita semua mengetahui dan memahami bahawa Aidilfitri adalah salah satu perayaan terbesar umat Islam sarwajagat. Perayaan ini bertujuan menyambut kemenangan umat setelah menjalani ibadat – khususnya puasa selama sebulan, menahan diri dari minum dan makan, serta perbuatan yang membatalkan. Apa yang lebih penting adalah kejayaan menundukkan nafsu sendiri. Hal ini kerana pada bulan berkat ini, syaitan-syaitan telah digari. Namun, adakah kita benar-benar memahami erti kemenangan aidilfitri ini? Adakah kita benar-benar telah berjaya menundukkan “seteru” atau semakin terikut-ikutkan nafsu?

Hakikatnya, aidilfitri adalah kemenangan buat umat Islam setelah kembali kepada fitrah insan – bersih dan suci dari dosa dan noda, setelah benar-benar beribadat dan bertaubat mendapatkan keampunan dan rahmat. Justeru, jika disingkap hadis dan sirah, pada hari raya Aidifitri, Rasulullah SAW meraikannya dengan bertakbir memuji keagungan Allah, membersih diri, berpakaian terbaik dan mewangi, menunaikan zakat, solat sunat dan saling mengucapkan selamat sepertimana hadis Wasilah yang diriwayatkan al-Imam al-Bukhari: “Aku bertemu Rasulullah SAW pada pagi hari raya dengan mengucapkan kepada baginda: Taqabalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu), lalu baginda menjawab: Ya, taqabalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu).”

Apa yang dapat kita perhati, tatacara Rasulullah SAW meraikan Aidilfitri ini dilihat begitu seimbang antara meraikan kemenangan duniawi dengan kemenangan rohani.

Erti Kemenangan Yang Hakiki

Islam mempunyai definisi dan konsep kemenangan yang berbeza berbanding lain-lain agama dan ideologi. Di dalam al-Quran, terdapat beberapa terminologi yang sinonim dengan kemenangan, antaranya; al-Falah dan al-Fath. Kedua-dua kalimah ini sebenarnya mempunyai mempunyai kaitan rapat dengan kemenangan dunia dan akhirat. Islam tidak hanya melihat kemenangan di dunia semata-mata, malah kemenangan yang sebenar adalah kemenangan di akhirat.

Kalimah al-Nasr pula berkait rapat dengan kemenangan jihad memerangi musuh. Justeru, meskipun di mata kasar kita menyaksikan para pejuang Islam gugur satu-persatu di medan tempur, jasad dan ruhnya tetap tersenyum, kerana kematian bukankah bermakna kalah. Bahkan, itulah kematian yang menghidupkan, itulah hakikat kemenangan dalam menegakkan syiar dan risalah Tuhan.

Oleh yang demikian, sebagai umat Islam, kita harus memahami erti kemenangan yang hakiki. Bukan hanya meraikan dengan menyanyikan lagu-lagu lebaran dan berpakaian menawan, tetapi dengan memperkuat rohani demi menentang musuh, sama ada musuh dalam tubuh iaitu hawa nafsu, atau musuh yang terdiri daripada kaum musyrikin dan kuffar mahupun musuh yang nyata, iaitu iblis dan syaitan.

Kemenangan Yang Dijanjikan Ilahi

Pada hari raya Aidilfitri ini, sama-samalah kita kembali kepada fitrah insan, sama-samalah kita memahami erti dan saling mendoakan kemenangan, kerana kemenangan Palestin adalah kemenangan Islam sedunia. Kita harus yakin dan percaya kemenangan semakin hampir kerana itu telah dijanjikan Tuhan. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 7 yang bermaksud:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan) dan untuk memasuki Masjid (al-Masjid al-Aqsa) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.”

Justeru, kita mesti yakin dan percaya pada janjiNya bahawa kuasa Yahudi Zionis itu akan ditumpaskan juga. Namun, kita perlu beringat, kemenangan hanya akan dicapai dengan syarat umat Islam bersatu hati, dan memiliki kekuatan rohani dalam berjihad sepertimana para sahabat.


Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains, Universiti Malaya dan boleh dihubungi di ista.ajib@um.edu.my