25 January 2025

Tingkat kemahiran keibubapaan digital untuk kembang potensi anak

Featured

Melurus kekeliruan Rejab

Oleh: Prof. Dr. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali Setiap kali...

For our tomorrow

Eco-Labelling in Malaysia and China: Strategies for environmental conservation...

Beware of them

By Prof. Dr. Siti Nursheena Mohd Zain School holidays in...

Our tour

By: Assoc. Prof. Sr Dr. Zuraini Md Ali Every corner...

Untuk dimanfaati

Oleh: Mohd Khairi Ismail Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah...

Share

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili

Usaha untuk mendidik anak pada masa kini memberi cabaran bagi ibu bapa kerana anak-anak kebanyakan menggunakan sumber dan peralatan pembelajaran dalam talian. Perkembangan revolusi teknologi yang lebih luas pada masa kini memberikan kesan positif dan negatif, terutamanya dalam kalangan anak. Ibu bapa tidak lagi boleh membesarkan anak-anak mereka dengan cara yang sama kerana keadaan semasa, kerana anak-anak memerlukan tahap gaya keibubapaan dan corak perhubungan yang khusus. Kemahiran keibubapaan digital lebih penting daripada sebelumnya. Ini adalah kerana kemahiran keibubapaan yang dipraktikkan haruslah bersesuaian dengan tahap perkembangan anak-anak dan peredaran trend semasa.

Kemahiran keibubapaan digital ditakrifkan sebagai skala kemampuan ibu bapa untuk menggunakan alat digital, aplikasi komunikasi dan rangkaian untuk mencapai dan menyusun maklumat dalam mendidik anak relevan dengan trend didikan abad ke-21. Keupayaan dan potensi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka dalam era digital bergantung kepada keupayaan mereka untuk mengamalkan keibubapaan digital. Ibu bapa lebih berkebolehan mengeluarkan idea, berkomunikasi dengan berkesan dan mencari penyelesaian kreatif untuk masalah dalam kehidupan seharian apabila mereka celik digital.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui tentang langkah-langkah yang perlu dipatuhi dan diikuti bagi tujuan peningkatan kemahiran digital untuk memupuk nilai kehidupan institusi keluarga. Ini kerana kemahiran keibubapaan terdahulu lebih tertumpu kepada kebolehan mereka dalam bidang interaksi, komunikasi, dan disiplinkan anak-anak. Tugas ibu bapa untuk mendidik anak-anak pada hari ini menjadi tugas yang semakin mencabar. Anak-anak memerlukan gaya didikan yang berbeza pada setiap peringkat umur dari bayi sehingga peringkat remaja seiring dengan perkembangan semasa.

Dengan keadaan situasi semasa, ibu bapa perlu menerapkan strategi dalam kemahiran digital dalam kehidupan seharian. Ini adalah kerana ibu bapa berperanan penting dalam membantu menggalakkan aktiviti seharian yang memberi peluang berlakunya perkembangan kecerdasan pelbagai dalam kalangan anak-anak. Harus diberi perhatian bahawa peranan ibu bapa adalah amat penting termasuk cabaran memenuhi keperluan didikan anak yang merupakan Generasi Z.

Integrasi digital mampu kembang potensi anak

Institusi kekeluargaan norma baharu sangat membantu mengembangkan kemahiran sosial dan penerapan kesan positif dalam kalangan anak secara khusus. Ini kerana generasi muda yang juga dikenali sebagai Generasi Z menjadi dewasa lebih awal dalam masyarakat yang mana mereka dapat mengakses maklumat dalam talian yang mungkin tidak berkaitan dengan pembesaran mereka. Mereka mudah mengakses sumber terlarang tanpa pengawasan orang dewasa. Oleh itu, kemahiran digital dalam penglibatan emosi dan moral ibu bapa harus dilengkapkan dan bersedia untuk menghadapi kemahiran digital norma baharu.

Dengan penggunaan teknologi dan demi kesejahteraan keluarga, ibu bapa dan anak-anak perlu mempunyai komunikasi dua hala. Hubungan yang baik dan sihat antara ibu bapa dan anak-anak diusahakan. Ibu bapa juga harus menerapkan prinsip moral dan peka tentang gejala negatif penggunaan teknologi digital dengan perlu lebih peka dan menyedari masalah dihadapi oleh anak-anak. Ini kerana pengintegrasian media digital memberikan nilai yang luar biasa kepada komuniti, terutamanya dalam keupayaan untuk berinteraksi dengan ciri yang lebih canggih apabila menggunakan platform seperti Instagram, Facebook, Twitter, WhatsApp dan lain-lain. Pengguna dalam dunia digital mempunyai akses kepada maklumat yang tersebar dengan cepat ke seluruh dunia melalui peranti digital. Penghantaran dalam beberapa ciri teknologi boleh dilakukan dengan mesej elektronik. termasuk penggunaan media sosial yang membolehkan perkongsian maklumat atau idea menghasilkan pangkalan data secara serentak mahupun tidak serentak.

Oleh itu, penting untuk ibu bapa meningkatkan kesedaran dan menunjukkan contoh yang positif kepada anak-anak dengan harapan mereka dapat menerapkannya dalam kehidupan mereka yang sebenarnya. Dengan penggunaan teknologi digital, ibu bapa boleh membantu dengan menggalakkan anak-anak mengalami perkembangan kecerdasan pelbagai dengan menjalankan beberapa aktiviti menggunakan teknologi digital dengan berkesan.

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Oleh itu, asuhan dalam memperkembang potensi kecerdasan pelbagai dalam kalangan anak-anak wajar dilakukan disamping didikan dan asuhan berkaitan perkara-perkara yang lain yang juga tidak boleh secara sambil lewa atau diabaikan. Hal ini penting ke arah melahirkan generasi yang boleh mencapai kesejahteraan diri seterusnya dapat menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat seterusnya menjadi modal insan bagi pembangunan negara.

Penulis merupakan Ketua, Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di siti_hajar@um.edu.my