1 April 2023

Hafsah dan Malihah

Featured

Asmawati Muhamad

“Namun tahukah kita bahawa Rasulullah SAW sendiri sudah pun bercakap mengenai perkara ini sewaktu zaman Baginda? Misalnya, berkait dengan SDG ke-6, Air Bersih dan Sanitasi, ada sepotong hadis yang menceritakan bagaimana Baginda menegur seorang sahabat supaya tidak membazirkan air ketika berwuduk [1].

Jaminan kemampanan ekonomi negara menerusi Wakaf Madani

Institusi wakaf dilihat terus relevan dari semasa ke semasa di negara kita. Bermula dengan kesedaran berwakaf masyarakat di zaman silam, kini wakaf telah berada di hati kita semua.

Tidak salah berbelanja tapi…

Mendapat kurniaan berpuasa Ramadan adalah satu nikmat yang wajib disyukuri. Bulan yang dimuliakan dengan lailatulqadr dan bulan Al-Quran ini perlu dihayati dengan akhlak dan adab yang mulia bagi menjemput keberkatan dan kerahmatan Allah.

Izzati dan Hayati

Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga amal ibadat kita ini diterima oleh Allah SWT, dan setiap hajat dikabulkanNya. Kami juga mendoakan semoga setiap daripada kita dapat menjadi insan yang lebih baik dan mampu membawa perubahan kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Ramadan dan keberkatan rezeki

Oleh: Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh Mencari rezeki adalah menjadi...

Share

Petang itu pasukan kami baru saja menamatkan program di Akademi Pengajian Islam, apabila terpandang kelibat dua orang rakan karib ini berjalan beriringan.

Setelah bersetuju untuk ditemubual dan diambil gambar, kami pun duduk di salah sebuah meja yang terdapat di laluan utama Blok A itu.

Hafsah Zubir (bertudung merah jambu) berasal dari Pasir Mas, Kelantan, manakala Tuan Malihah Maisarah Tuan Hassin, adalah anak jati Besut, Terengganu. Kedua mereka sebenarnya sedang dalam perjalanan pulang ke Kolej Kediaman Kelima, setelah tamat kuliah terakhir pada hari tersebut.

Hafsah Zubir

Tiba-tiba Hafsah bertanya: “Abang pernah tengok dikir barat dalam bahasa Arab tak?”

Melihat kami yang menggeleng kebingungan, Hafsah terus mengeluarkan telefon pintarnya, dan menunjukkan sebuah klip video di YouTube. Di dalam video tersebut kelihatan sebuah kumpulan remaja sedang melakukan persembahan dikir barat, namun liriknya dalam bahasa Arab.

“Ini kumpulan dari kelas kami, semasa mengambil bahagian dalam Muntada Majmuah, sebuah pertandingan seni persembahan mini di antara kelas-kelas berlainan di Asasi Pengajian Islam ini. Walaupun saya dan Malihah banyak terlibat di belakang tabir sahaja, tapi pengalaman bekerjasama bersama rakan-rakan baru membuat persediaan untuk pertandingan ini sangat mengujakan!” terang Hafsah panjang lebar, dengan penuh semangat.

Tambahnya lagi, berkat usaha sungguh-sungguh dan kerjasama erat yang diberikan oleh semua ahli telah membuahkan hasil yang sangat manis. “Kelas kami berjaya mendapat tempat kedua!”

Malihah yang agak pendiam hanya mengangguk dan tersenyum di sebelahnya.

Tuan Malihah Maisarah Tuan Hassin

Ditanya mengenai sebab memilih Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya sebagai destinasi pengajian pilihan selepas SPM, Hafsah menjelaskan yang mereka berdua bercita-cita untuk menjadi guru. “Kami memang bercita-cita untuk menjadi pendidik, sebab itu kami memilih untuk menyambung pengajian peringkat Asasi di UM, dengan harapan untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda nanti di sini juga,” kata Hafsah mewakili rakan karibnya yang masih tersipu malu di sebelahnya.

Hafsah turut berkongsi mengenai keseronokannya mengikuti program Asasi Pengajian Islam di Kuala Lumpur. “Saya gembira belajar di sini, kerana bukan sahaja dapat kenalan baru yang baik seperti Malihah ni, malah dapat pengalaman belajar di kampus universiti terbaik negara,” katanya.

“Sebenarnya, dia suka sebab duduk di KL. Boleh shopping,” sekonyong-konyong Malihah menyampuk perbualan kami, sambil tertawa menutup mulutnya.

📸 Gambar oleh Mohd. Fazli Zainordin @fazlizainor untuk CCC (2023). Video yang dimaksudkan dalam kisah di atas boleh ditonton di bawah: