17 March 2025

Kawan selamanya

Featured

Menyantuni mereka

Dalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk...

Our symbol

By Sheila Ramalingam In a landmark decision that intertwines national...

Dia

Oleh Mohd Anuar Ramli Perempuan merupakan makhluk yang istimewa, diciptakan...

His (trade) war

By Goh Lim Thye The Trump administration’s trade war with...

Universities need to lead our R&D

By Ahmad Ibrahim R&D is an important business of universities....

Share

Mendidik anak-anak adab berkawan di sekolah

Oleh: Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman

Sesi persekolahan secara fizikal sepenuhnya telah bermula, pelbagai ragam dan gelagat anak-anak yang dikongsikan di media sosial dan tidak kurang juga dengan isu-isu yang ditularkan oleh ibu bapa mahupun guru yang membabitkan anak-anak. Sebelum ini, viral di media sosial mengenai anak yang tidak mahu ke sekolah kerana berasa rendah diri disebabkan rakan sekolah mengejek dan menghinanya kerana tidak mampu memiliki beg berjenama “Smiggle”. Malah ada yang rasa jauh hati kerana rakan tak mahu berkawan sebab tidak cantik atau berkulit hitam malahan gebu gemuk. Situasi ini pastinya memberi impak khususnya terhadap sosio-emosi anak-anak.

Apa yang dibimbangi, akibat daripada pengaruh rakan sebaya ini, ia akan melemahkan sistem badan anak-anak malahan mendorongnya bertindak ke arah negatif seperti buli, gaduh, agresif atau pendiam. Tindak balas ini pastinya mendatangkan kesan jangka panjang jika tidak ditangani sebaiknya oleh guru mahupun ibu bapa.

four boys laughing and sitting on grass during daytime
Kanak-kanak seharusnya mengharungi hari-hari mereka dengan keseronokan, bukan tekanan untuk mempunyai sesuatu (Gambar ihsan Unsplash)

Bagaimana ibu bapa boleh mendidik anak-anak supaya tidak jadi pembuli di sekolah?

Didikan terbaik bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memahami anak-anak baik dari segi perwatakan mahupun minat dan kelebihannya. Dalam memahami anak-anak ibu bapa juga perlu mengenali setiap kawan terbaik anak-anak yang selalu diceritakan. Ini kerana, pengaruh rakan sebaya sangat mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak.

Kewujudan ‘Tekanan Rakan Sebaya’ sememangnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak khususnya apabila mereka mula berkawan dan bersosialisasi. Maka, peranan ibu bapa sangat diperlukan dalam tempoh perkembangan ini kerana ibu bapa dapat membentuk tingkah laku anak-anak dengan berkesan. Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak, maka ibu bapa perlu banyak bersabar dengan karenah anak-anak bagi mendapat kepercayaan dan keyakinan anak dalam setiap situasi. Jika ibu bapa gagal berbuat demikian, ia besar kemungkinan akan ‘kehilangan’ anak-anak kerana ia akan lebih mempercayai kawan.

Kenali anak-anak. Dengan mengenali diri anak-anak, ibu bapa dapat mengawal tinglah laku negatif dan mengembangkan potensi anak-anak. Kadang kala, ibu bapa terlepas pandang bahawa anak itu sendiri mempunyai sifat dominan dan berupaya mempengaruhi rakan sebayanya untuk menyertai kumpulannya. Apa yang dikhuatiri, anak-anak ini berupaya melakukan Tindakan di luar kawalan semata-mata tidak ingin kehilangan kawan atau memastikan bahawa dia sentiasa mempunyai pengaruh dalam kalangan rakan-rakan. Jika ini tidak dibendung, maka akan sampai pada satu tahap, anak-anak ini tidak dapat mengawal diri atau membezakan perbuatan salah atau betul sehingga terlibat dalam kes-kes buli, mencuri hanya semata-mata inginkan mendapatkan barang tersebut atau berada dalam kumpulan berpengaruh.

Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan juga pengaruh media sosial dan iklan hari ini banyak mempengaruhi kehendak dan kemahuan anak-anak hari ini.

Latih anak-anak ‘katakan TIDAK’. Dalam mendidik anak-anak mendepani situasi ini, latihlah anak-anak ini agar mempunyai keberanian untuk menyatakan ‘TIDAK’ pada sebarang bentuk tekanan dan desakan khususnya melibatkan rakan sebaya. Menerusi didikan ini, anak-anak bukan sahaja dapat dibentuk imej dirinya tetapi juga dibentuk perwatakkan dan keperibadiannya yang tegas dan berkeyakinan khususnya dalam bersosialisasi bersama rakan-rakan sebaya.

2 girls sitting on floor
Kenali rakan anak-anak kita, bagi memahami tekanan sosio-emosi mereka (Gambar ihsan Unsplash)

Tip bagaimana untuk anak anak berkawan di sekolah

Ajar anak-anak berkomunikasi dengan rakan-rakan. Sebagai ibu bapa, berkomunikasikan dengan anak-anak dengan berkesan. Seharusnya ibu bapa dapat mengenali tingkah laku anak-anaknya. Ini kerana corak asuhan ibu bapa juga turut memberi pola komunikasi anak-anak dengan rakan-rakannya. Kadang kala, tingkah laku anak-anak yang membezakan kawan mengikut ciri fizikal ataupun kemampuannya untuk memilih sesuatu barangan berpunca daripada tindak tandul ibu bap aitu sendiri. Merekalah yang memperkenalkan semua benda-benda ini tanapa menjelaskan kepada si anak tentang nilai dan kualiti barangan tersebut. Atau kemungkinanya anak-anak ini mengetahuinya daripada rakan yang memilikinya,Oleh itu sebagai ibu bapa, didiklah anak-anak untuk berkawan dengan semua. Berkomunikasi dengan baik dan jelas, berikan maklumat yang jelas tentang fungsi, kepentingan dan kegunaan sesuatu barangan itu berbanding sesuatu jenama. Yang menimbulkan isu dan konflik antara anak-anak adalah apabila ibu bapa menentang kehendak anak-anak atau tidak mampu memenuhi kehendak tersebut sedangkan ibu bapa yang memperkenalkannya dan membandingkan dengan anak-anak yang lain.

Dalam situasi ini, ibu bapa perlu memperbanyakkan komunikasi dan memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak untuk bergadul dan berkawan dengan semua orang. Luangkan sedikit masa untuk Berkomunikasi dengan anak-anak kerana ia mampu membentuk  peribadi si anak.

Jelaskan kepada anak-anak ‘erti kawan’ yang sebenar. Kita tidak mahu ia mengangga bahawa kawan itu lebih mustahak berbanding keluarga. Zahirkan perasaan kasih saying dan sekiranya anak-anak ini menerima maklum balas negative, dekati anak-anak untuk menyakinkan diri anak-anak untuk kelangsungan.

Fahamkan anak-anak tentang erti berkawan. Anak-anak sewajarnya dilatih sejak kecil tentang makna kawan yang sebenar. Fahamkan mereka bahawa berkawan tidak semestinya tentang kebendaan. Dedahkan anak-anak tentang kawan dengan semua – berkawan seadanya tanpa mengira status sosioekonomi dan berkawankan pada kala susah dan senang. Maklumkan kepada anak-anak bahawa kawan boleh dengan sesiapa sahaja dan kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa Bersama kita pada bila-bila masa dan dalam situasi yang mencabar.

Dalam situasi semasa di alam persekolahan era baharu – Epidemik COVID-19, ibu bapa perlu memberi penjelasan yang baik kepada anak-anak. Jangan sesekali ibu bapa menjanjikan sesuatui yang sukar dipenuhi. Penolakan atau penerimaan anak-anak terhadap rakan sebaya perlu disertakan dengan peneimaan dan kasih sayang ibu bapa. Jangan terus melenting dengan anak-anak sebaliknya dengar terlebih dahulu apa yang diceritakan oleh anak-anak khasnya yang melibatkan tentang kelebihan dan kelemahan barangan tertentu contohnya ‘Smiggle’ atau sebaliknya. Seterusnya ibu dan bapa perlu memperjelaskan maklumat tersebut dengan menyatakan ‘sebab – akibat’.

group of childrens sitting on ground
Ajari anak-anak menghargai apa yang ada (Gambar ihsan Unsplash)

Didik anak-anak untuk menghargai kawan dan apa yang dimiliki. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam menerapkan nilai budi perkerti dalam diri anak-anak. Maka, didiklah anak-anak untuk menghargai kawan-kawan dan menghargai apa yang mereka miliki. Terapkan rasa sayang terhadap kawan dan harta sendiri. Kemampuan ibu bapa untuk memberi penekanan kepada kepentingan dan keperluan sesuatu barangan dan apa tujuan barangan tersebut tanpa mengambil kira jenama sangat diperlukan.

Anak-anak yang perlu diterangkan rasional terhadap pemilikan sesuatu barangan tersebut berbanding dengan jenama sesuatu barangan. Tidak dinafikan bahawa ianya sukar untuk ibu bapa memahamkan anak-anak  tentang konsep ini tambahan dengan perkembangan dunia digital dan iklan. Walau bagaimanapun, rasionalisasi terhadap pemilikan sesuatu barangan dan erti sebenar kawan dalam diri anak-anak dapat meningkatkan jati diri anak-anak dan meterusnya mengelakkan rasa rendah diri apabila berada dalam kelompok rakan sebaya.

Ringkasnya dalam mendidik anak-anak digital hari ini, komunikasi dengan penuh kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak mampu menyelesaikan pelbagai isu dan cabaran anak-anak dalam era modenisasi maya tanpa batasan khususnya adab berkawan. Antaranya,

  • Memupuk keyakinan diri anak-anak untuk berkawan dan memilih kawan
  • Mendidik anak-anak untuk mengenali kualiti diri sendiri dan kawan
  • Rasionalisasi anak-anak dengan maklumat yang tepat dan jelas tentang apa yang mereka miliki itu sama fungsinya dengan yang lain
  • Mengajar anak-anak berfikir secara kritis dan rasional dalam membuat sesuatu pertimbangan
  • Bina keyakinan anak-anak bahawa dia seorang yang baik dan berbudi pekerti tinggi. Usah bimbang, semua kawan-kawan akan menjalinkan hubungan berkawan dengannya walapun dia tidak memiliki barangan tertentu dan berwajah cantik seperti kawan-kawan yang lain. Ini kerana, erti kawan sejati bukan hanya berdasarkan apa yang kita miliki tetapi lebih kepada apakah sifat dan kelebihan yang ada padanya.
Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman

Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya