Walaupun Malaysia mempunyai pasaran industri halal yang luas, hanya sebilangan kecil sahaja usahawan tempatan yang memenuhi permintaan tersebut. Selain itu, penglibatan usahawan bumiputera juga didapati masih berada pada tahap agak rendah meskipun terdapat usaha-usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian, agensi dan pemain-pemain industri.
Umat Islam harus cakna dengan perkembangan semasa dan mempertahankan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri dengan memboikot agenda yang didirikan oleh musuh Islam melalui media baharu.
Tanpa suami di sisi, ibu tunggal paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Justeru, perlu diadakan satu program keusahawanan direka khusus bagi meringankan bebanan ibu tunggal ini. Menerusi program ini, ibu tunggal dapat keluar daripada kepompong kemiskinan tegar dan seterusnya, dapat menyumbang kepada masyarakat dari segi penjanaan pekerjaan dan pendapatan.
Dalam konteks Malaysia mutakhir ini, ucapan kebencian telah terpapar dan tular di pelbagai pelantar media sosial sebelum bermulanya kempen pilihanraya umum ke-15 lagi, Ucapan kebencian ini wujud dalam pelbagai bentuk sama ada tulisan, video pendek, atau visual. Ia mengandungi unsur-unsur yang provokatif yang memburukkan sesetengah etnik, mengungkit sejarah Malaysia, melabel dengan label buruk serta penghinaan, atau memanggil dengan panggilan hodoh yang kadangkala disertai carutan.