Peringkat perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak menjadikan mereka lincah dan aktif dalam kehidupan seharian. Anak-anak ini kelihatan seolah-olah tidak pernah kehabisan tenaga untuk bermain tanpa henti. Kelincahan kanak-kanak ini adakalanya menjadikan mereka dilabel sebagai ‘anak nakal’ oleh orang lain.
Boleh dikatakan bahawa komponen alam bina untuk bandar mesra kanak-kanak perlu turut berpusat pada pengurusan trafik dan pengangkutan awam yang cekap ke arah Children Independence Mobility terutamanya idea berjalan kaki ke sekolah, reka bentuk persekitaran rekreasi, fasiliti dan ruang awam yang berkualiti khusus untuk kanak-kanak termasuklah akses kepada alam semula jadi dan ruang hijau.