Mohd. Khairol Azhar Ahmad Khairuddin

Tugas menukar nombor ini beri kepuasan kepada saya sebab kita dapat lihat secara terus keseronokan yang kita beri kepada orang lain apabila bertugas dengan baik. Setiap tahun, apabila saya sampai di sini, kawasan ini sudah pun dipenuhi dengan pelajar yang ingin bergambar kenangan.

Mohd. Asrulfaizal Kamaruzaman

Mohd. Asrulfaizal Kamaruzaman, Pegawai Kebudayaan Kanan B44 di Fakulti Seni Kreatif, mula berkhidmat di UM sejak tahun 2004. Selain lakonan, alumni jurusan drama dari Pusat Kebudayaan (ketika itu), juga aktif berdikir barat (menulis lirik dan membuat persembahan), bermain alat muzik tradisional (nafiri dan rebab), dan bersilat. Anak sulung dari enam orang adik beradik ini menamatkan persekolahannya di SMK To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Jasmi Abd. Aziz

“Siapa sangka, dari sekolah aliran sastera, cita-cita nak jadi polis, saya bekerja sehinggalah pencen dalam bidang sains di universiti nombor satu negara?” tanya Encik Jasmi Abd. Aziz, Pembantu Makmal, ketika ditemui baru-baru ini di makmalnya di Institut Pengajian Termaju (IAS), Universiti Malaya.

Siti Fatimah, Jahara Bebe dan rakan-rakan

“Setiap kali ada event di Dewan Tunku Canselor, kamilah pasukan yang bertanggungjawab memastikan kebersihannya. Dari dalam sehinggalah ke luar,” kata Puan Siti Fatimah Wook ketika ditemui di perkaranagan Dewan Tunku Canselor, baru-baru ini.

Thew Ming Soon

Graduan cacat penglihatan, Thew Ming Soon, graduan Fakulti Sastera dan Sains Sosial berjaya menggenggam segulung ijazah dengan menetapkan matlamat yang jelas untuk berjaya dan membantu keluarga.

Azlan Nizam dan Jia Shin

Azlan Nizam Ismail dan Ng Jia Shin dianugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya di Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-62.

Alif, Melissa dan Nazrin

Tiga sekawan dari jurusan kejuruteraan kimia ini kelihatan teruja ketika ditemui semasa sesi pengambilan jubah Istiadat Konvokesyen ke-62, baru-baru ini.

Abd. Aziz Rekan

Pensyarah muda Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dari Tuaran, Sabah ini pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera semasa kecil. Namun sebagai anak yang...

Akhbar Rahman

Akhbar merupakan salah seorang daripada tiga orang pemandu JPPHB yang ditugaskan untuk memandu lori pembersihan ke seluruh kawasan kampus bagi mengutip sampah sarap yang terkumpul di semua lokasi rumah sampah. “Setiap hari, sekurang-kurangnya saya akan memandu sejauh 50 kilometer bagi mengutip sampah. Dua kali trip waktu pagi, dan sekali lagi di waktu petang,” terangnya mengenai tugas penting yang diamanahkan kepadanya.

Suresh dan Janagi

“30 tahun dahulu, saya juga melalui pengalaman ini. Beratur mengambil jubah, bergambar bersama rakan-rakan sekuliah; betul-betul menggamit memorilah," kata Encik Suresh sewaktu ditemui pada sesi pengambilan jubah konvokesyen, baru-baru ini.

Featured

Merenung

Realiti pahit pesara tanpa perancangan kewangan Oleh Dr. Nurulhuda Ahmad...

Adapting

Why science diplomacy must evolve or perish By Professor Dato...

Aesthetics

Street art is rewriting Kuantan’s story By Associate Professor Dr...

Tenang

Beradab bila berbeza pandangan, usah berlagak pakar Oleh Dr. Nurul...

Evolving

How the NSRF is forcing ESG to grow up By...

Honestly

Is war the ultimate climate wake-up call? By Professor Dato...

Way forward

E-commerce platforms’ no-reason refund policies burden sellers. Are consumers...

Bebenang sosial

Beretika dan beradablah semasa berkongsi kerana ia sebuah amanah Oleh...

Futures

The unfinished revolution of sustainable supply chains By Professor Dato...

Cleaner

Why we need a smarter desalination, not just a...